LAPORAN DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SEMBILAN 2040
Jun 10, 2026 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMLAPORAN DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SEMBILAN 2040 Draf RSN Sembilan dipamerkan kepada orang awam selama tempoh satu (1) bulan bermula dari tarikh notis akhbar disiarkan. Pengarah PLANMalaysia Negeri bertanggungjawab memberikan peluang kepada orang awam untuk mengemukakan sebarang representasi atau maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan selaras dengan subseksyen 9(1), Akta 172Penyediaan Laporan Publisiti dan Bantahan (LPB) akan dibuat selepas tamat tempoh publisiti DRSN. Penyediaan laporan ini penting bagi tujuan penambahbaikan DRSN dan seterusnya menjadi asas bagi membentuk dasar strategik pembangunan Negeri Sembilan di peringkat Rancangan Struktur.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap DRAF RSN Negeri Sembilan 2040 di lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas sebelum 3 Julai 2026 melalui Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia atau borang maklum balas yang boleh didapati di lokasi pameran
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2040 ini akan diadakan di:-
Semakan Dokumen Secara FIzikal:Lokasi Semakan1.Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Negeri Sembilan (PLANMalaysia Negeri Sembilan)2. Di Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Daerah Negeri Sembilan.Waktu Semakan:Tarikh:4 Jun 2026 hingga 3 Julai 2026 (Hari Bekerja)Hari dan Masa SemakanIsnin - Jumaat9.00 pagi hingga 4.00 petangSemakan secara atas talian juga boleh dibuat bermula daripada 4 Jun 2026 hingga 3 Julai 2026 seperti di laman sesawang berikut :-
1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)2. Laman Web PLANMalaysia Negeri Sembilan Bahan Publisiti dan Borang Maklumbalas Kajian Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2040 boleh didapati melalui pautan berikut:-BilPerkaraDokumen1.Dokumen Draf RS Negeri Sembilan Muat Turun2.Ringkasan Eksekutif Draf RS Negeri Sembilan 2040 (BM)Muat Turun3.Ringkasan Eksekutif Draf RS Negeri Sembilan 2040 (BI)Muat Turun4.Banner WebMuat Turun5.RisalahMuat Turun6.Borang Bantahan Muat Turun7.Borang Bantahan (online)Muat TurunSebarang pertanyaan boleh menghubungi dan diemailkan kepada:-Pengarah PLANMalaysia Negeri SembilanTingkat 3, Blok A, Wisma Negeri70646 Seremban, Negeri Sembilan06 765 971306-764 5622Faks : 06-764 5622E-mel: jpbdns@ns.gov.my...