RANCANGAN STRUKTUR NEGERI JOHOR 2040 (KAJIAN SEMULA)
Oct 27, 2026 -RANCANGAN STRUKTUR
NEGERI JOHOR 2040 (KAJIAN SEMULA)
PERINGKAT LAPORAN TINJAUANPROGRAM PUBLISITI
DAN PENYERTAAN AWAM27 OKTOBER 2026 –
26 NOVEMBER 2026
Rancangan Struktur Negeri Johor
2040 (Kajian Semula) sedang dilaksanakan
bagi menilai dan memperkukuh hala tuju perancangan strategik pembangunan
fizikal Negeri Johor. Kajian ini mengambil kira perubahan semasa, keperluan
pembangunan, potensi pertumbuhan serta cabaran yang dijangka mempengaruhi
pembangunan negeri pada masa hadapan. Pada masa ini, kajian tersebut berada
pada peringkat penyediaan Laporan Tinjauan.Selaras dengan peruntukan Seksyen
9, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), program publisiti
hendaklah dilaksanakan pada peringkat Laporan Tinjauan bagi memberi peluang
kepada orang awam untuk meneliti dan mengemukakan pandangan serta maklum balas
terhadap kajian yang dijalankan. Hebahan turut dilaksanakan
melalui saluran elektronik, termasuk Portal e-Publisiti PLANMalaysia dan laman
sesawang berkaitan, bagi memperluas penyebaran maklumat serta memudahkan orang
awam mengakses bahan publisiti sepanjang tempoh yang ditetapkan.
Sehubungan itu, semua pihak dijemput untuk menyemak Laporan Tinjauan dan bahan
publisiti yang disediakan di lokasi-lokasi tetap yang telah ditetapkan seperti
berikut:
LOKASI TETAP
Bahagian Perancang
Ekonomi Negeri Johor (BPEN Johor)
Aras 1 & 2, Blok B, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota
Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
PLANMalaysia Johor
Tingkat 1 & 2, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang,
Kota Iskandar, 79646 Iskandar Puteri, Johor.
Semua Pihak Berkuasa
Tempatan Negeri Johor
SEMAKAN DALAM TALIANOrang awam boleh mendapatkan maklumat berkaitan Program
Publisiti dan Penyertaan Awam melalui saluran dalam talian berikut:1. Portal e-Publisiti PLANMalaysia2. Laman Sesawang Rasmi PLANMalaysia Johor3. Aplikasi web DOKUMEN PUBLISITI UNTUK RUJUKANDokumen dan bahan publisiti bagi Laporan Tinjauan RSN Johor
2040 (Kajian Semula) akan disediakan untuk rujukan orang awam seperti berikut:
Bil.
Perkara
Muat Turun
1.
Laporan Tinjauan
i. Jilid 1
ii. Jilid 2
Muat Turun
Muat Turun
2.
Ringkasan Eksekutif
Muat Turun
3.
Panel Publisiti
Muat Turun
4.
Borang Bantahan
Muat Turun
...