ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Rembau 2025 (Penggantian)

Nov 10, 2022 -Keperluan Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Rembau 2025 (Penggantian) disediakan selaras dengan Peruntukan Seksyen 16(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Ianya disediakan bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Rembau 2000-2010 yang telah tamat tempoh perancangan 2010. Draf RTD Rembau ini disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Selatan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM). Draf RTD Rembau 2025 (Penggantian) adalah merupakan dokumen perancangan yang mengandungi Peta Cadangan dan Penyertaan Bertulis yang mempericikan cadangan-cadangan pemajuan tanah di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Daerah Rembau sehingga tahun 2025.Seiring dengan Semangat 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Draf RTD Rembau 2025 (Penggantian) disediakan bagi mengenalpasti, mengkaji dan menyediakan penyelesaian bagi permasalahan yang terdapat di Daerah Rembau dengan mengeksploitasi potensi-potensi yang ada bagi menyediakan satu perancangan jangka panjang yang dapat memastikan semua penduduk Daerah Rembau dapat menikmati pembangunan di kawasan-kawasan yang sebelum ini ketinggalan. Draf RTD rembau 2025 (Penggantian) ini akan dipamerkan kepada orang awam terutamanya masyarakat setempat mulai 8 Mac 2013 sehingga 8 April 2013 pada waktu pejabat (8.30 pagi hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat) di tiga (3) tempat berikut iaitu Majlis Daerah Rembau, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri Sembilan. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.LaporanMuat-Turun3.Feature ArticleMuat-Turun4.PosterMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.BuntingMuat-Turun7.PampletMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002-2015

Nov 10, 2022 -Draf RT Jempol 2002-2015 (Pengubahan 1-2013) Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah Blok Perancangan BP1, BP2, BP3, BP4, BP5, BP6, BP7, BP,8, BP9 dan BP10 dalam Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002-2015 boleh dibuat di tiga lokasi berikut :-Dewan Majlis Daerah Jempol, Bahau;Pejabat Majlis Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol;Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Sembilan.Publisiti akan diadakan selama 4 minggu bermula pada 21 November 2013 hingga 24 Disember 2013. Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi Pn. Siti Noranita bt Mohd Jamil di talian 06-4583192 (MDJL) atau Pn. Siti Noraidah bt Idris (JPBDNS) di talian 06-7659066. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RTD Jempol (Pengubahan 1)Muat-Turun2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun3.PosterMuat-Turun4.BannerMuat-Turun5.BuntingMuat-Turun6.Borang BantahanMuat-Turun7.Notis AkhbarMuat-Turun...

Draf Rancangan Kawasan Khas Pembangunan Pusat Bandar Seremban 2025

Nov 10, 2022 -Wawasan : Membangun dan Menjana Semula Bandar Seremban Ke Arah Bandaraya Moden Sejahtera dan Berbudaya.Matlamat : Memperkukuh Imej Pusat Bandar Seremban Sebagai Pusat Pentadbiran Negeri dan Bandar Warisan.Objektif PembangunanMembangunkan Terminal Pengangkutan Utama Seremban Sentral dengan Pusat Bandar Seremban Secara Bersepadu;Membangunkan Semula Kawasan Pusat Pentadbiran Negeri Untuk Memperkukuh Fungsi Pusat Bandar Seremban;Pemulihan (Rehabilitation) Sungai Temiang Sebagai Kawasan Rekreasi Penduduk dan Tarikan Pelancongan;Rejuvenasi Pusat Bandar Lama Seremban Untuk Diintegrasikan Dengan Pembangunan Seremban Sentral; danMemperkukuh Rangkaian Sistem Pengangkutan dan Lalulintas Infrastruktur dan Utiliti. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Bahan PameranMuat-Turun2.BannerMuat-Turun3.Borang BantahanMuat-Turun4.Notis AkhbarMuat-Turun...

Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045

Nov 10, 2022 -Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 (RSNS 2045) merupakan dokumen perancangan yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal seluruh Negeri Sembilan sehingga tahun 2045. Rancangan Struktur (RS) ini menyediakan dasar dan cadangan-cadangan am Pihak Berkuasa Negeri (PBN) berkenaan beberapa perkara seperti berikut :-Cadangan pemajuan dan penggunaan tanah.Langkah-langkah untuk mempertingkatkan sistem perhubungan dan pengurusan lalu lintas.Usaha untuk memperkukuhkan kesejahteraan dan meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk.Cadangan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri.Melaksanakan pemajuan secara mampan.RS ini disediakan berdasarkan peruntukan Bahagian III, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) bertujuan melengkapkan sistem perancangan fizikal dan menterjemahkan dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN) ke peringkat Negeri Sembilan. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Dokumen RSNS 2045Muat-Turun2.FolioMuat-Turun3.Borang BantahanMuat-Turun4.PosterMuat-Turun5.FlyersMuat-Turun6.BuntingMuat-Turun7.BannerMuat-Turun...

Draf Rancangan Kawasan Khas Gemas, Negeri Sembilan

Nov 10, 2022 -Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Gemas merupakan suatu rancangan pemajuan yang disediakan untuk pelaksanaan. Matlamat RKK Gemas adalah untuk menjadikan Gemas sebagai Pusat Katalis yang berdaya maju dan berdaya tahan serta ke arah pembangunan bandar yang kondusif dan mampan. RKK Gemas telah membentuk lapan (8) strategi pembangunan keseluruhan kawasan dan tiga (3) strategi pembangunan bagi kawasan pusat bandar Gemas. Daripada strategi-strategi ini telah menghasilkan sebanyak 106 cadangan untuk dilaksanakan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila muat-turun dokumen berikut :- BILPERKARADOKUMEN1.Aturcara ProgramMuat-Turun2.BackdropMuat-Turun3.Borang BantahanMuat-Turun4.Kain RentangMuat-Turun5.Laporan Draf RKK GemasMuat-Turun6.Ringkasan EksekutifMuat-Turun7.PosterMuat-Turun8.RisalahMuat-Turun...

Draf Rancangan Kawasan Khas Pesisiran Pantai Port Dickson

Nov 10, 2022 -PENGENALAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)Rancangan Kawasan Khas Pesisiran Pantai Port Dickson merupakan rancangan pemajuan yang disediakan untuk tujuan pelaksanaan dan dikategorikan sebagai RKK bagi pembangunan bandar serta pantai. Hasil utama RKK ialah sebagai Pelan Tindakan Pembangunan dan Pelan Pengurusan Bandar Port Dickson serta pantai. Ia disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta172) (Pindaan) 2011 (A1129)DEFINISI RKKRancangan Kawasan Khas (RKK) ialah suatu bentuk rancangan pemajuan yang disediakan bagi sesebuah kawasan yang dipilih secara khusus bertujuan menentukan tindakan pelaksanaan pembangunan dan pengurusan sesuatu kawasan tersebut. Hasil utama RKK adalah Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali.Pelan Tindakan Pembangunan ini disokong oleh spesifikasi- spesifikasi pembangunan terperinci dan jadual- jadual tindakan pembangunan. RKK juga menyediakan cadangan program pembangunan yang mengandungi fasa, kos, agensi pelaksana dan pendekatan pelaksanaan.FUNGSI RKKPenyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) pada amnya adalah bertujuan : –Melengkapkan sistem perancangan fizikal negara yang terdiri empat peringkat iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) supaya lebih sistematik dan berkesan.Menterjemah cadangan-cadangan RSN, RT dan lain-lain dokumen cadangan dengan lebih terperinci dalam konteks kawasan RKK.Menentukan penyediaan kemudahan sosial, utiliti dan infrastruktur yang seimbang dengan pembangunan yang sedang dijalankan dan perancangan pada masa hadapan di samping memastikan keupayaan tapak menyerap pembangunan.Mengenal pasti kawasan – kawasan yang sesuai untuk dimajukan serta corak pembangunan ruang fizikal yang optimum serta menyediakan program pelaksanaan.Menyediakan pelan tindakan pembangunan bagi kawasan RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi – agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajianKEPERLUAN RKKMentafsir strategi negara dan negeri seperti RFN 3, DPN 2, RSNS 2045, dan Draf RT MVV 2045.Perancangan semula corak pembangunan guna tanah Pesisir Pantai Port Dickson agar berdaya saing dan komprehensif.Merancang semula penyediaan kemudahan, infrastruktur dan utiliti berasaskan perkembangan penduduk semasa.Pengukuhan potensi Port Dickson sebagai kawasan pelancongan utama dalam peringkat negeri dan antarabangsa.Mempertingkatkan imej dan identiti serta memperkukuh fungsi Bandar Port Dickson sebagai Bandar Pelancongan Pesisiran Pantai, Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Utama.Membentuk mekanisme untuk kawalan dan penguatkuasaan kesejahteraan bandar oleh PBPT (Majlis Perbandaran Port Dickson).Keperluan penerapan elemen bandar, landskap da rekreasi yang menarik.Penterjemahan konsep pembangunan terkini untuk memperkukuhkan peranan Port Dickson sebagai Bandar Pelancongan Pesisiran Pantai bertaraf antarabangsa. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RKK Persisiran Pantai Port DicksonMuat-Turun2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun3.BannerMuat-Turun4.BuntingMuat-Turun5.Borang BantahanMuat-Turun6.Risalah 1Muat-Turun7.Risalah 2Muat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035

Nov 10, 2022 -Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035 adalah satu dokumen rasmi yang membentangkan perancangan dan pembangunan guna tanah dan fizikal bagi seluruh Daerah Kuala Pilah dalam tempoh 2019-2035. Perancangan pembangunan RT Daerah Kuala Pilah 2035 ini menterjemahkan dasar-dasar dan cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 kepada bentuk fizikal yang lebih terperinciKeperluan penyediaan RTD Kuala Pilah 2035 :-menggantikan RT Daerah Kuala Pilah 2020 yang telah tamat tempoh perancangan pada tahun 2020.Menyelaras cadangan zon guna tanah RT dengan kelulusan yang diberikan oleh PBT dan PBN.Memastikan pembangunan masa hadapan Daerah Kuala Pilah selari dengan trend dan perubahan senario pembangunan Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RT Daerah Kuala Pilah 2035 Jilid 1Muat-Turun2.Laporan Draf RT Daerah Kuala Pilah 2035 Jilid 2Muat-Turun3.Laporan Draf RT Daerah Kuala Pilah Jilid 3Muat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.Panel PameranMuat-Turun6.BannerMuat-Turun7.BuntingMuat-Turun8.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Tampin 2035

Nov 10, 2022 -Perincian Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Tampin 2035 mengandungi tiga (3) jilid utama yang terdiri daripada :-Jilid 1 : Strategi PembangunanJilid 2 : Kawalan PembangunanJilid 3 : Pelan Pengurusan dan Pelaksanaan Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RT Daerah Tampin 2035 Jilid 1Muat-Turun2.Laporan Draf RT Daerah Tampin 2035 Jilid 2Muat-Turun3.Laporan Draf RT Daerah Tampin Jilid 3Muat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.Panel PameranMuat-Turun6.BannerMuat-Turun7.BuntingMuat-Turun8.Notis AkhbarMuat-Turun9.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Jelebu 2035 (Penggantian)

Nov 10, 2022 -Draf Rancangan Tempatan Daerah Jelebu 2035 (Penggantian) disediakan untuk menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Jelebu yang telah diwartakan pada 16 Ogos 2007 (No. Warta 670) yang telah tamat tempoh perancangan pada tahun 2015.Draf Rancangan Tempatan Daerah Jelebu 2035 (Penggantian) ini merangkumi :Jilid I :  Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis (Strategi Pembangunan)Jilid II : Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis (Kawalan Pembangunan)Jilid III : Pengurusan dan PelaksanaanProgram Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 30 hari bermula pada 29 Mac 2022 sehingga 27 April 2022 yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Jelebu yang terkandung dalam dokumen Rancangan Tempatan.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambah baik dokumen ini sebelum atau pada 27 April 2022. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Draf RT Daerah Jelebu 2035 Jilid 1Muat-Turun2.Draf RT Daerah Jelebu 2035 Jilid 2Muat-Turun3.Draf RT Daerah Jelebu 2035 Jilid 3Muat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.BuntingMuat-Turun7.Notis AkhbarMuat-Turun8.Panel RTD Jelebu 2035Muat-Turun9.Risalah (Depan)Muat-Turun10.Risalah (Dalam)Muat-Turun11.Borang BantahanMuat-Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti