ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK CHINI (PENGUBAHAN)

Sukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Tasik Chini (Pengubahan) telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 3 Oktober 2022 (Isnin) hingga 2 November 2022 (Selasa).

Semakan laporan ini boleh dibuat pada hari bekerja di lokasi berikut :-
1. Majlis Daerah Pekan
2. Majlis Daerah Rompin
3. Majlis Daerah Maran
4. PLANMalaysia Pahang

Draf Rancangan Kawasan Khas (Pengubahan) tersebut juga boleh diperiksa secara dalam talian di laman sesawang berikut:

PLANMalaysia Pahang

Majlis Daerah Pekan

Majlis Daerah Rompin

Majlis Daerah Maran

Ayuh sama-sama memberikan komitmen dan melibatkan diri dalam perancangan pembangunan khasnya bagi Kawasan Rizab Biosfera Pertama Malaysia yang mendapat pengiktirafan UNESCO. Bantahan dan maklumbalas dari semua pihak perlu didengar dan sangat bermakna bagi perancangan masa hadapan.

 
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-
 
BIL PERKARA DOKUMEN
1. Laporan Draf RKK Tasik Chini Muat-Turun
2. Ringkasan Eksekutif (BM) Muat-Turun
3. Ringkasan Eksekutif (BI) Muat-Turun
4. Borang Bantahan Muat-Turun
5. Banner Muat-Turun
6. Pop Up Muat-Turun
 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti