ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Nov 12, 2025 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)16 NOVEMBER 2025 (AHAD) – 15 DISEMBER 2025 (ISNIN)Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu, Kedah 2035 (Penggantian) [RTMDBB 2035 (P)] telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 12(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Draf RTMDBB 2035 (P) telah disediakan oleh Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) dengan kerjasama Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) melalui perunding yang dilantik iaitu Tetuan Asnatech Planning Consultant Sdn. Bhd. Draf RTMDBB 2035 (P) merupakan dokumen perancangan berkanun yang menggariskan dasar dan strategi pembangunan bagi membangunkan Bandar Baharu sebagai daerah bersempadanan berdaya saing dan berdaya huni melalui aktiviti ekonomi mampan dan vibran.Draf RTMDBB 2035 (P) ini merangkumi:Jilid I: Penyataan Bertulis dan Peta CadanganJilid II: Kawalan Perancangan dan Garis PanduanJilid III: Pengurusan dan PelaksanaanSelaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 16(1), Akta 172, Program Publisiti dan Penyertaan Awam perlu diadakan bagi memberi peluang kepada orang awam serta pihak berkepentingan untuk turut serta di dalam perancangan Draf RTMDBB 2035 (P) sebelum diluluskan bagi tujuan pewartaan dan diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Semua pihak dijemput mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan dengan hadir ke lokasi pameran atau mengimbas kod QR di bawah. Sebarang maklum balas awam (Borang Maklum Balas Awam) hendaklah dikemukakan kepada Majlis Daerah Bandar Baharu atau melalui e-mel di alamat perancangmdbb@gmail.com sebelum atau pada 15 Disember 2025 (Isnin).Selain daripada platform Portal e-Publisiti 2.0 PLANMalaysia, dokumen ini juga boleh disemak dilokasi / pautan seperti berikut:1. Semakan dokumen secara fizikal:Lokasi Pameran Tetap1.2.3.4.Majlis Daerah Bandar BaharuPejabat Cawangan Majlis Daerah Bandar BaharuJabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)Pejabat Projek Zon Utara, PLANMalaysiaWaktu Pameran: 9.00 Pagi – 4.00 Petang (Ahad – Rabu)9.00 Pagi – 1.00 Petang (Khamis)Lokasi Pameran Bergerak1.2.3.Pasar Pagi Serdang (Jumaat – Sabtu)Pasar Malam Serdang (Isnin)Pasar Malam Bandar Baharu (Rabu)Waktu Pameran:9.00 Pagi – 11.00 Pagi (Pasar Pagi)5.00 Petang – 7.00 Malam (Pasar Malam)2. Semakan dokumen secara atas talian:i. Laman Web MDBB : https://pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-daerah-bandar-baharu/ ii. Dashboard : https://url-shortener.me/95LA Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:BILPERKARADOKUMEN1.KESELURUHAN BAHAN SERANTA DRAF RT MDBB 2035 Muat-Turun2.Jilid IMuat-TurunJilid IIMuat-TurunJilid IIIMuat-TurunKeseluruhan Jilid RTMuat-Turun3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun4.RisalahMuat-Turun5.Panel PameranMuat-Turun6.Borang Maklum Balas AwamMuat-Turun7.Video RT MDBB 2035Muat-Turun8.Dashboard RT MDBB 2035Muat-Turun9.Lain-Lain Bahan Seranta RT MDBB 2035Muat-Turun...

PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PEMBAHARUAN SEMULA KAWASAN PERINDUSTRIAN GURUN, KEDAH

Oct 02, 2024 - PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PEMBAHARUAN SEMULA KAWASAN PERINDUSTRIAN GURUN, KEDAH   Pejabat Projek Zon Utara, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sedang menyediakan Draf Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pembaharuan Semula Kawasan Perindustrian Gurun, Kedah. Kajian ini disediakan dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK). Program Publisiti Awal ini diadakan selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] sebagai satu langkah untuk memaklumkan mengenai penyediaan RKK ini dengan memberi peluang kepada orang ramai dan pihak yang berkepentingan mengambil maklum dan mengemukakan kepada pihak MPSPK berkenaan isu, potensi, halangan dan aspirasi terhadap pembangunan di kawasan RKK.   Tempoh pelaksanaan Program Publisiti Awal bermula pada 7 Oktober 2024 sehingga 31 Oktober 2024. Sehubungan itu, Jabatan mengalu-alukan penyertaan daripada Tuan/Puan dalam proses perancangan dengan mengemukakan pandangan dan maklum balas melalui Borang Soal Selidik dengan mengimbas QR Kod yang disertakan.   Segala maklumat yang dinyatakan dalam soal selidik ini hanyalah untuk kegunaan kajian ini sahaja.   Tuan/Puan boleh memuat turun dokumen rujukan dan borang soal selidik melalui pautan berikut:   BIL PERKARA DOKUMEN   Risalah Muat Turun   Poster Muat Turun   Streamer Muat Turun   Banner Muat Turun   Video Pendek Muat Turun   Borang Soal Selidik Muat Turun   ...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Dec 14, 2023 - PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN) Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 20 Disember 2023 sehingga 20 Januari 2024 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian) (DRT Daerah Padang Terap, 2035 (Penggantian)) Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) di mana sebelum Draf Rancangan Tempatan diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan. Penyediaan DRT Daerah Padang Terap, 2035 (Penggantian) ini adalah bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap 2020, No.Warta: No. 997 Jil.54 No.18 pada 29 Disember 2011. Semua dijemput hadir untuk membuat pemeriksaan dokumen ini dan mengemukakan pandangan atau bantahan di lokasi tetap dan lokasi bergerak seperti berikut: LOKASI TETAP 9.00 pagi – 4.00 petang (Ahad – Rabu), 9.00 pagi – 1.00 petang (Khamis) Majlis Daerah Padang Terap Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) LOKASI BERGERAK 9.00 pagi – 11.00 pagi (Pekan Sehari), 5.00 petang-7.00 petang (Pasar Malam) Nat Kuala Nerang (Ahad dan Selasa) Pekan Sehari Naka (Ahad) Pekan Sehari Lubuk Merbau (Ahad) Pasar Malam Pedu (Selasa) Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut : Pn. Hairulliza Binti Abdul Rahman (04-731 4688 ext 106) TPr Kok Lai Kuan (04-731 4688 ext 156) Pn. Hayati Binti Kuneh (04-731 4688 ext 165) Pn. Nor Zuhaizan Binti Zulkifli (04-731 4688 ext 164) En. Amir Hamzah Bin Abdullah Sani (04-731 4688 ext 160) En. Mohd Azizi Bin Mohd Tajidi (04-731 4688 ext 158) Tuan/Puan juga boleh memuat turun bahan-bahan publisiti dan borang maklum balas pelanggan melalui pautan berikut : BIL PERKARA DOKUMEN   Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian)     Jilid I : Pernyataan Bertulis dan Peta Cadangan Muat Turun   Jilid II : Garis Panduan dan Kawalan Pembangunan Muat Turun   Ringkasan Eksekutif Muat Turun   Flip Folio Muat Turun   Risalah Muat Turun   Streamer Muat Turun   Banner Muat Turun   Borang Bantahan Awam Muat Turun   Borang Maklumbalas Pelanggan Muat Turun #DRTDaerahPadangTerapKedah2035Penggantian #PadangTerapPrestij  #KedahSejahtera #TheGreaterKedah #PLANMalaysia #PLANMalaysiaKedah #PPZU #pejabatprojekzonutara #MalaysiaMadani ...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BALING, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Oct 26, 2023 - PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BALING, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)   Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 30 Oktober 2023 sehingga 29 November 2023 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling, Kedah 2035 (Penggantian) (DRTMDB 2035). Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, di mana sebelum Draf Rancangan Tempatan diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan. Penyediaan DRTMDB 2035 ini bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Baling 2020 (RTDB 2020) yang telah tamat tempoh, di mana kali terakhir diwartakan pada 14 Mac 2019 iaitu RTDB 2020 (Pengubahan 3). Semua dijemput hadir untuk membuat semakan dokumen ini dan mengemukakan pandangan di lokasi tetap dan lokasi bergerak seperti berikut: LOKASI TETAP (9.00 pagi – 4.00 petang (Ahad – Rabu), 9.00 pagi – 1.00 petang (Khamis)) Majlis Daerah Baling Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) Pejabat Daerah & Tanah Baling Majlis Daerah Baling Cawangan Kuala Ketil LOKASI BERGERAK (8.00 pagi – 12.00 tengah hari) Pasar Pagi Pekan Baling (Ahad) Pasaraya Econsave Baling (Isnin & Rabu) Pasar Sehari Kg Lalang (Selasa) UTC Sg Petani (Khamis) Pasar Pagi Kupang (Jumaat) Pasar Pagi Kuala Ketil (Sabtu) Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut: Haji Mustafa Bakri bin Alias Sani (04-735 2870 ext 105) Ayesha binti Ahmad Zawawi (04-735 2870 ext 146) Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Awam DRTMDB 2035 boleh didapati melalui pautan berikut: Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling 2035 (Penggantian) Jilid 1 : Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis Jilid 2 : Garis Panduan Kawalan Perancangan Ringkasan Eksekutif Flip Folio Banner Bunting Brochure Borang Bantahan Awam Borang Maklum Balas Pelanggan   #RTBALING2035 #DRTMDB2035 #BalingBahagia #BalingDaerahPelanconganEko #BalingBerdayaHuni #KedahSejahtera #TheGreaterKedah #PPZU #pejabatprojekzonutara #PLANMalaysia #MalaysiaMadani ...

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH YAN, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Sep 27, 2023 - PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH YAN, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN) Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian) [RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian)] disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) berkenaan keperluan pengubahan, pembatalan atau penggantian suatu Rancangan Tempatan. Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian) akan diadakan selama 4 minggu (1 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan baharu bagi Daerah Yan sehingga tahun perancangan 2035. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang bantahan awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 31 Oktober 2023 (Selasa). PERANAN ANDA Hadir ke pameran Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan (RT MDY), Kedah 2035 (Penggantian) di lokasi-lokasi berikut: i. Majlis Daerah Yan ii. Pejabat Daerah dan Tanah Yan iii. Pejabat PLANMalaysia Kedah Anda boleh memeriksa Laporan Draf RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian) sepanjang tempoh publisiti diadakan; Mengemukakan bantahan atau pandangan anda terhadap cadangan pembangunan yang telah dirancang untuk memacu kemajuan dan pembangunan Daerah Yan. Semakan juga boleh diperiksa secara atas talian di laman sesawang berikut:- i. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0) ii. Laman Web PLANMalaysia Kedah iii. Laman Web Majlis Daerah Yan Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) boleh didapati melalui pautan berikut :- 1. Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan , Kedah 2035 (Penggantian) Jilid I :  Draf RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) Jilid II : Draf RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 2. Ringkasan Eksekutif RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 3. Flip Folio RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 4. Cover Panel RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 5. Risalah RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) - Halaman Hadapan - Halaman Belakang 6. Borang Bantahan RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 7. Poster RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 8. Banner Publisiti RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 9. Streamer RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) Cadangan atau bantahan berkenaan rancangan tersebut boleh dibuat melalui Borang Bantahan Awam atau memorandum dan difaks / email / pos sebelum atau pada 31 Oktober 2023 (atau melalui google form di pautan borang bantahan dan maklumbalas: https://forms.gle/VnJAbVjXEvsfoJSv6) #PLANMalaysia #MalaysiaMadani #KedahSejahteraNikmatUntukSemua #rtmdy2035 #yanlestari #yandaerahpelancongandesa #pejabatprojekzonutara ...

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH SIK, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Sep 27, 2023 - PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH SIK, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN) Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Daerah Sik untuk tempoh perancangan sehingga 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Sik 2007-2020 yang telah tamat tempoh perancangannya pada tahun 2020. Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) akan diadakan selama 4 minggu bermula pada 27 September 2023 sehingga 27 Oktober 2023 yang bertujuan untuk untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada semua pihak yang berkepentingan terhadap cadangan pembangunan yang terkandung di dalam dokumen Draf RT tersebut bagi kawasan Majlis Daerah Sik. Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) ini akan diadakan di 2 lokasi tetap seperti berikut :- 1. Majlis Daerah Sik 2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia seperti mana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 27 Oktober 2023. Semakan secara atas talian juga boleh dibuat di laman sesawang berikut :- 1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0) 2. Laman Web PLANMalaysia Kedah 3. Laman Web Majlis Daerah Sik Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) boleh didapati melalui pautan berikut :- 1. Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik , Kedah 2035 (Penggantian)      Jilid I :  Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis      Jilid II : Garis Panduan dan Kawalan Perancangan      Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan 2. Ringkasan Eksekutif RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) 3. Pop Up RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) - Pop Up 1 - Pop Up 2 4. Flip Folio RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) 5. Panel Pameran RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) 6. Risalah RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) 7. Poster RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) 8. Banner Publisiti RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) 9. Borang Bantahan ...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Bandar Baharu 2010-2020

Nov 09, 2022 - Laporan Draf RT Bandar Baharu merupakan satu dokumen perancangan guna tanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot bagi seluruh Daerah Bandar Baharu bagi jangkamasa 2010-2020. Draf RT daerah Bandar Baharu disediakan mengikut Seksyen 12(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Penyediaan Draf RT Daerah Bandar Baharu telah melalui beberapa peringkat kajian dan telah dibentangkan pada beberapa mesyuarat penyelaras Pasukan Kajian dan Teknikal serta melalui rundingan dan kolaborasi antara agensi pelaksana peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Draf RT Daerah Bandar Baharu akan dipublisitikan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas dan bantahan mengenai isikandungannya (Seksyen 13(1)). Draf RT Daerah Bandar Baharu ini kemudiannya akan diwartakan selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri Kedah (Seksyen 15) dan akan menggantikan semula Rancangan Tempatan terdahulu yang telah disediakan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu di bawah peruntukan Akta 172.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Laporan Draf RT Bandar Baharu Jilid 1 dan Jilid 2 Muat-Turun 2. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 3. Poster Muat-Turun 4. Pamplet Muat-Turun 5. Streamer Muat-Turun 6. Notis Akhbar Muat-Turun 7. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2035

Nov 09, 2022 - Penyediaan RT Daerah Kulim 2035 adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 (Akta 172). RT Daerah Kulim terdahulu disediakan pada tahun 2010 dan diwartakan pada tahun 2010 dan diwartakan pada tahun 2011 didapati tidak selaras dengan pembangunan semasa Daerah Kulim. Penggantian Rancangan Tempatan ini diperlukan sebagai asas dan panduan kepada perancangan pembangunan masa hadapan bagi Daerah Kulim yang pesat membangun.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya.   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Banner Perasmian Muat-Turun 2. Borang Bantahan & Representasi Muat-Turun 3. Features Article Muat-Turun 4. Poster Muat-Turun 5. Publisiti RTD Muat-Turun 6. Risalah RTD Muat-Turun 7. Streamer RTD Muat-Turun 8. Streamer Perasmian RTD Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanjung Dawai

Nov 09, 2022 - Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Poster Muat-Turun 2. Banner Muat-Turun 3. Risalah Depan Muat-Turun 4. Risalah Belakang Muat-Turun 5. streamer Muat-Turun 6. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda, Kedah 2035 (Penggantian)

Nov 09, 2022 - Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda, Kedah ini mengandungi petikan daripada Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2035. Segala penjelasan dan perincian lanjut perlu merujuk kepada laporan Draf Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2035. Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda mengandungi:   Penyataan Bertulis yang mentafsirkan dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Negeri Kedah dan menterjemahkan semua cadangan pembangunan gunatanah fizikal secara bertulis untuk menjelaskan cadangan-cadangan yang terdapat di dalam Peta Cadangan Guna Tanah. Pelan Subjek menunjukkan pelan cadangan pembangunan secara terperinci mengikut sektor-sektor pembangunan tertentu. Pelan Sisipan menunjukkan pelbagai cadangan pembangunan yang terdapat di dalam pelan subjek secara lebih terperinci melalui gambaran perspektif, ilustrasi, keluasan, lokasi dan sebagainya. Peta Cadangan Guna Tanah yang mengandungi cadangan pembangunan gunatanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot. Jadual Kelas Kegunaan Tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah utama dan bangunan yang dibenarkan, gunatanah lain yang dibenarkan dengan syarat dan di setiap zon guna tanah yang ditunjukkan di atas Peta Cadangan Kegunaan Tanah. Jadual ini disediakan mengikut Syit Peta Indeks Jabatan Ukur   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Laporan Jilid 1 Muat-Turun 2. Laporan Jilid 2 Muat-Turun 3. Laporan Jilid 3 Muat-Turun 4. Ringkasan Eksekutif (Malay Version) Muat-Turun 5. Ringkasan Eksekutif (English Version) Muat-Turun 6. Borang Bantahan Muat-Turun 7. Streamer Muat-Turun 8. Risalah Muat-Turun 9. Banner Muat-Turun   ...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti