ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KEMAMAN 2035 (PENGUBAHAN 3)

Dec 02, 2025 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KEMAMAN 2035 (PENGUBAHAN 3)Dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Draf Rancangan Tempatan Daerah Kemaman 2035 (Pengubahan 3) telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 1 Disember 2025 sehingga 31 Disember 2025.Semakan laporan ini boleh dibuat pada hari bekerja bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang di lokasi berikut :-1. Majlis Perbandaran Kemaman;2. PLANMalaysia Terengganu; dan3. Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman. Berikut merupakan Laporan Tinjauan dan dokumen publisiti yang boleh dirujuk untuk tujuan semakan.BIL PERKARAMUAT TURUN1.RisalahMuat Turun2.Laporan RT Daerah KemamanMuat Turun3.Kain Rentang Dan GegantungMuat Turun4.Folder Cadangan A3Muat Turun5.Borang Maklum BalasMuat Turun...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH HULU TERENGGANU, TERENGGANU 2035 (PENGGANTIAN)

Aug 26, 2024 -PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM     DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH HULU TERENGGANU, TERENGGANU 2035 (PENGGANTIAN)Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama PLANMalaysia@Terengganu dan Pejabat Projek Zon Timur telah menyediakan Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu 2035 (Penggantian) dan sedia untuk dipamerkan kepada orang ramai bagi mendapatkan maklum balas awam.Pameran bermula pada 01 sehingga 30 September 2024 yang diadakan di 2 lokasi  tetap seperti berikut :-Majlis Daerah Hulu TerengganuPejabat Tanah dan Daerah Hulu TerengganuSemakan secara atas talian juga boleh dibuat di laman sesawang berikut :-Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)Laman Web PLANMalaysia@TerengganuPLANMalaysia@TerengganuLaman Web Majlis Daerah Hulu Terengganu Bahan Publisiti dan Borang Bantahan boleh didapati melalui pautan berikut :-BIL.PERKARADOKUMEN1.Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu 2035 (Penggantian) Jilid IMuat turunPDF Jilid IIMuat turunPDF Jilid IIIMuat turunPDF2.Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu 2035 (Penggantian)Muat turunPDF3.Panel PameranMuat turunPDF4.Borang Bantahan Awam BercetakMuat turunPDF Atas Talian (google form)Muat turunQR Code5.StreamerMuat turunPDF6.BannerMuat turunPDF7.Risalah/FlyerMuat turunPDF8.BackdropMuat turunPDF...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH MARANG, TERENGGANU 2035 (PENGGANTIAN)

Sep 11, 2023 -PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH MARANG, TERENGGANU 2035 (PENGGANTIAN)Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Marang, Terengganu 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Daerah Marang untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 12(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Marang 2000 – 2020  dan RT Daerah Marang 2030 (Penggubahan).Porgram Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu (17 September 2023–16 Oktober 2023) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Marang yang terkandung di dalam dokumen RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 16 Oktober 2023 (Isnin).Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut :Pn. Norhasnita binti Hj. Abd Samad (Pengurus Projek) di talian 011-32379161 atau;En. Ahmad Fauzi bin Abdul Shukor (Ketua Unit Jabatan Perancangan dan Pembangunan Landskap Majlis Daerah Marang) di talian  016-7705881 atau;En. Muhammad Nur Haszriezol bin Abdul Rahman (Pen. Pengurus Projek) di talian 014-8239786 atau;Pn. Athirah binti Ahmad Azmi (Pegawai Perancang Bandar PMT) di talian 010-2682084. Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas boleh didapati melalui pautan berikut:1. Dokumen Rancangan Tempatan Majlis Daerah Marang 2035 (Penggantian)    i.   Jilid 1    ii.  Jilid 2    iii. Jilid 32. Ringkasan Eksekutif3. Poster4. Risalah5. Panel Pameran6. Borang Maklumbalas7. Borang Maklumbalas Melalui Pautan8. Banting9. Banner 10. Streamer11. Pelan Gunatanah Daerah Marang 2035...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Dungun 2035 (Penggantian)

Nov 09, 2022 -Draf Rancangan Tempatan Daerah Dungun 2035 (Penggantian) ini disediakan dengan peruntukan Seksyen 16(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Dokumen ini merupakan satu-satunya dokumen perancangan yang akan digunakan secara sah sebagai mekanisme perancangan Rancangan Rempatan yang menyatakan semua cadangan pembangunan tanah dan fizikal yang terperinci. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Borang BantahanMuat-Turun3.Banner 1Muat-Turun4.Banner 2Muat-Turun5.BantingMuat-Turun6.Lampiran A Dungun 2035Muat-Turun7.Lampiran B Dungun 2035Muat-Turun...

Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pemeliharaan dan Pengurusan Kawasan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland)

Nov 09, 2022 -PENGENALANRancangan Kawasan Khas (RKK) Pemeliharaan dan Pengurusan Kawasan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland), Terengganu ini merupakan sebuah pelan panduan pembangunan yang disediakan khusus bagi memudahkan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan penduduk sekitar membangun, memelihara dan menguruskan Tanah Bencah Setiu sehingga tahun 2035.TUJUAN PENYEDIAANSebagai blueprint serta rujukan utama untuk menyelaras, mengawal dan memantau semua pembangunan di dalam kawasan Tanah Bencah Setiu dan dalam sempadan RKK yang ditetapkan.Rujukan agensi-agensi seperti Pihak Berkuasa Negeri(PBN), Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), agensi agensi teknikal, penyelidik, IPTA atau IPTS, pihak-pihak swasta, NGO dan komuniti setempat.Rujukan kepada Majlis Pengurusan Taman Negeri (MPTN) dan Jawatankuasa Taman Negeri Setiu Wetland.KEPENTINGAN PENYEDIAANMemelihara keunikan ekosistem semula jadi Tanah Bencah Setiu yang merupakan satu-satunya kawasan di Malaysia yang memiliki sembilan ekosistem yang berbeza dan saling melengkapi antara satu sama lain serta mempunyai fungsi yang pelbagai dalam menyokong alam sekitar dan budaya hidup penduduk tempatan.Meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan ekosistem Tanah Bencah Setiudan memastikan penduduk tempatan terlibat dalam pemeliharaan dan pengurusan Tanah Bencah Setiu.Membangunkan secara mampan keunikan dan potensi pelancongan berasaskan eko dan budaya di Tanah Bencah Setiu untuk menarik kemasukan pelancong dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat.Menjayakan wawasan Kerajaan Negeri Terengganu untuk menjadikan Tanah Bencah Setiu sebagai Taman Negeri dan menyediakan keperluan perancangan untuk mengangkat dan mengiktiraf Tanah Bencah Setiu keperingkat nasional dan antarabangsa.Menyediakan kawalan perancangan bagi mengatasi isu tekanan pembangunan di Tanah Bencah Setiu yang kini mengalami perubahan guna tanah bagi tujuan pembangunan dan pembukaan aktiviti pertanian sehingga mengurangkan kawasan tanah lembap yang menyokong dan membantu persekitaran setempat. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.BannerMuat-Turun2.BuntingMuat-Turun3.FlyersMuat-Turun4.Borang BantahanMuat-Turun5.Ringkasan EksekutifMuat-Turun...

Laporan Pemeriksaan RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula)

Nov 09, 2022 -RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) disediakan mengikut peruntukan perundangan di bawah Seksyen 11A , Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Dokumen ini sangat penting dalam memandu dan mengawal pembangunan fizikal di peringkat negeri sebagaimana peruntukan Seksyen 8, Akta 172.Keperluan penyediaan RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) ini adalah berdasarkan kepada tiga (3) perkara berikut;I. Menggantikan RSN Terengganu 2020 yang telah diwartakan pada 1 Februari 2007 dengan no warta (No. Warta: No. 51, Jld. 60, No.3);II. Keperluan kepada perubahan dasar di peringkat negeri dan negara; danIII. Perubahan pada corak guna tanah semasa hasil daripada pembangunan mega kerajaan negeri, pembangunan komited serta tren tumpuan pembangunan semasa.Terdapat empat peringkat peringkat utama kajian RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) iaitu :I. MobilisasiII. Laporan Pemeriksaan Dan Penyertaan AwamIII. Draf Kajian Semula Rancangan StrukturIV. Kelulusan Dan Pewartaan Kajian Semula Rancangan StrukturPeringkat semasa ialah peringkat ke-4 iaitu penyediaan Laporan Pemeriksaan dan Publisiti Awam. Laporan Pemeriksaan RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) akan mula dipamerkan kepada orang awam bermula pada 1 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.BannerMuat-Turun2.BantahanMuat-Turun3.PublisitiMuat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.LaporanMuat-Turun6.FlyersMuat-Turun...

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF PENGUBAHAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KUALA TERENGGANU, KUALA NERUS, KEMAMAN, DUNGUN, MARANG DAN HULU TERENGGANU.

Nov 09, 2022 -Sukacita dimaklumkan bahawa PLANMalaysia Negeri Terengganu (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu) dengan kerjasama 5 PBT telah menyiapkan Draf Pengubahan Rancangan Tempatan dan sedia untuk dipamerkan kepada orang ramai bagi mendapatkan maklum balas awam. Pameran bermula pada 15 Ogos sehingga 15 September 2022 yang diadakan di 7 lokasi tetap seperti berikut :-1) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu2) Majlis Perbandaran Kemaman3) Majlis Perbandaran Dungun4) Majlis Daerah Marang5) Majlis Daerah Hulu Terengganu6) PLANMalaysia Negeri Terengganu7) Wisma Darul Iman Bahan publisiti dan Borang Bantahan boleh didapati melalui link berikut :- BILPERKARADOKUMEN1.Borang Bantahan RTD PENGUBAHANMuat-Turun2.RT PENGUBAHAN DUNGUNMuat-Turun3.RT PENGUBAHAN HULU TERENGGANUMuat-Turun4.RT PENGUBAHAN KEMAMANMuat-Turun5.RT PENGUBAHAN KUALA NERUSMuat-Turun6.RT PENGUBAHAN KUALA TERENGGANUMuat-Turun7.RT PENGUBAHAN MARANGMuat-Turun8.Banner 8×4Muat-Turun9.Banner 2×6Muat-Turun...

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SETIU 2035 (PENGGANTIAN)

Nov 09, 2022 -PADA 11 SEPTEMBER 2022 – 11 OKTOBER 2022 Draf Rancangan Tempatan (RT) Daerah Setiu 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Daerah Setiu untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 12 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Setiu 2003 – 2015 dan RT Daerah Setiu 2020 (Penggubahan).Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu (11 September 2022 – 11 Oktober 2022) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di Daerah Setiu yang terkandung di dalam dokumen RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 11 Oktober 2022 melalui Portal ePublisiti http://epublisiti.townplan.gov.my/publisiti atau borang maklum balas yang boleh didapati disemua lokasi pameran.Borang Bantahan secara online sebagaimana berikut :-https://forms.gle/7Wyu23D2rPYX8CZn9 Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas boleh didapati melalui pautan berikut :- BILPERKARADOKUMEN1.Draf Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035 (Penggantian)  Jilid IMuat-Turun Jilid IIMuat-Turun Jilid IIIMuat-Turun2.Ringkasan Eksekutif (RE)Muat-Turun3.Borang Maklum BalasMuat-Turun4.PosterMuat-Turun5.Peta CadanganMuat-Turun6.Folio RTD Setiu 2035Muat-Turun7.BannerMuat-Turun8.BantingMuat-Turun9.Panel PameranMuat-Turun10.RisalahMuat-Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti