KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA) PERINGKAT LAPORAN DRAF AKHIR
Aug 12, 2026 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA) PERINGKAT LAPORAN DRAF AKHIR10 OGOS 2026 (ISNIN) – 9 SEPTEMBER 2026 (RABU)9.00 PAGI – 4.00 PETANG Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula) (RSNPP2040) sedang dijalankan dan berada di peringkat Laporan Draf Akhir. Kajian disediakan berdasarkan Seksyen 7, 8, 9, 10, 11 Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) di mana Seksyen 9 memperuntukkan keperluan mengadakan program publisiti sebelum Draf RSNPP2040 ini diwartakan. Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan selama satu (1) bulan bermula pada 10 Ogos 2026 hingga 9 September 2026. Semua pihak diberi peluang untuk mengemukakan sebarang representasi atau maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap Laporan Draf Akhir yang telah disediakan di lokasi-lokasi berikut:Lokasi Tetap:1. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang)Ruang Legar Aras 57, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), 10000 George Town, Pulau Pinang2. Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)Ruang Legar Aras 3, 10000 George Town, Pulau Pinang3. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)Ruang Lobi, Menara Bandaraya, Bandar Perda,14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang4. Ruang Legar Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah & Seberang Perai Selatan, Pulau PinangSemakan dalam talian:1. Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)2. Laman Web Rasmi PLANMalaysia Pulau PinangBerikut merupakan Laporan Draf Akhir dan dokumen publisiti yang boleh dirujuk untuk tujuan semakan. BILPERKARAMUAT TURUN1.Laporan Draf Akhir Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula)Muat Turun2.Ringkasan EksekutifMuat Turun3.Flip Folio Muat Turun4.StreamerMuat Turun5.BannerMuat Turun6.RisalahMuat Turun7.FlyersMuat Turun8.PopupMuat Turun9.Borang Bantahan (Untuk Cetakan)Muat Turun10.Borang Bantahan (Online)Muat Turun11.Notis Akhbar (BM & BI)Muat Turun ...