DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)
Jul 29, 2026 -PEMBERITAHUAN
PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN
STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA) Draf Rancangan Struktur Negeri
Pahang 2040 (Kajian Semula) ialah dokumen perancangan pembangunan yang
menetapkan hala tuju dan dasar pembangunan Negeri Pahang sehingga tahun
2040. Dokumen ini telah digubal sebagai
dokumen perancangan strategik bagi memandu pembangunan negeri secara terancang,
seimbang dan berdaya tahan selaras dengan misi iaitu ‘Pahang 1st:
Menuju Negeri Makmur dan Lestari 2040’ dan matlamat sebagai ‘Pahang
sebagai Negeri Maju, Makmur dan Berdaya Tahan Berteraskan Kemampanan Ekonomi,
Kelestarian Alam Sekitar dan Kesejahteraan Sosial serta Pembangunan Inklusif
Menjelang 2040’. Sebanyak 5 Fokus Pembangunan, 31 Aspirasi / Dasar, 84
Tindakan dan 209 Inisiatif Pelaksanaan telah diterjemahkan untuk
dilaksanakan mengikut fasa pelaksanaan.Selaras dengan keperluan
subseksyen 9(2) dan 9(3), Akta 172, sebelum Draf RSN Pahang 2040 (Kajian
Semula) diluluskan untuk diwartakan, ia perlu dipamerkan kepada
orang awam dan pertubuhan melalui Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang
akan diadakan bermula pada 3 Ogos 2026 (Isnin) hingga 2 September 2026
(Rabu) selama sebulan.Semua pihak dijemput untuk
membuat semakan terhadap dokumen tersebut di lokasi-lokasi pameran tetap atau
secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan
atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam Borang
Bantahan Awam sebelum atau pada 2 September 2026 melalui semakan di
lokasi pameran tetap dan juga secara dalam talian sepertimana berikut :- Lokasi Semakan Tetap (Waktu Pejabat) :
Lobi
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang),
Tingkat 4, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota, 25200
Kuantan, Pahang
Lobi
Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan, Pahang
Lobi
di semua pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Pahang
Semakan Dalam Talian :
Laman
Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
Sila rujuk dokumen-dokumen yang dilampirkan di bawah untuk
tujuan semakan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Rancangan
Pembangunan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia
Pahang) di talian 09-572 1181.
Sila rujuk dokumen-dokumen yang dilampirkan di bawah untuk tujuan semakan.
BIL
PERKARA
DOKUMEN
1.
Draf
Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula)
Muat Turun
2.
Ringkasan
Eksekutif
Muat Turun
3
Panel
Pameran (Keseluruhan)
Muat Turun
4.
Panel
Pameran (Ringkasan)
Muat Turun
5.
Risalah
Muat Turun
6.
Poster
Muat Turun
7.
Banner
Muat Turun
8.
Bunting
Muat Turun
9.
Borang
Bantahan Awam(Dalam Talian)
Muat Turun
10.
Borang
Bantahan Awam
Muat Turun
11.
Notis
Akhbar (BM dan BI)
Muat Turun
...