ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM

KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA) PERINGKAT LAPORAN TINJAUAN

24 NOVEMBER 2025 (ISNIN) – 23 DISEMBER 2025 (SELASA)

9.00 PAGI – 4.00 PETANG

 

Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula) sedang dijalankan dan berada di peringkat Laporan Tinjauan. Kajian disediakan berdasarkan Seksyen 7, 8, 9, 10, 11 Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) di mana Seksyen 9 memperuntukkan keperluan mengadakan program publisiti di peringkat Laporan Tinjauan. 

Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan selama 30 hari bermula pada 24 November 2025 hingga 23 Disember 2025. Semua pihak diberi peluang untuk mengemukakan sebarang representasi atau maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan. 

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap Laporan Tinjauan yang telah disediakan di lokasi-lokasi berikut:

Lokasi Tetap:

1. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang)

Ruang Legar Aras 57, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), 

10000 George Town, Pulau Pinang
 

2. Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)

Ruang Legar Aras 3, 

10000 George Town, Pulau Pinang
 

3. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

Ruang Lobi, Menara Bandaraya, Bandar Perda,

14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Semakan dalam talian:

1. Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)

(https://www.planmalaysia.gov.my/index.php/pages/view/358)

2. Laman Web Rasmi PLANMalaysia Pulau Pinang

(https://jpbd.penang.gov.my)

Berikut merupakan Laporan Tinjauan dan dokumen publisiti yang boleh dirujuk untuk tujuan semakan.

 

BIL

PERKARA

MUAT TURUN

1.

Laporan Tinjauan Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula)

Muat Turun

2.

Flip Folio 

Muat Turun

3.

Streamer

Muat Turun

4.

Banner

Muat Turun

5.

Risalah

Muat Turun

6.

Flyers

Muat Turun

7.

Popup

Muat Turun

8.

Borang Bantahan (Untuk Cetakan)

Muat Turun

9.

Borang Bantahan (Online)

Muat Turun

10.

Borang Maklum Balas Pelanggan

Muat Turun

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti