PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) RANGKAIAN EKOLOGI (RE) CENTRAL FOREST SPINE (CFS)
HS RAJA MUSA - HS BUKIT TAREK - HS GADING (B-SL1) SELANGOR DARUL EHSAN
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Pejabat Projek Zon Tengah Bersama Majlis Perbandaran hulu Selangor dengan Kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia / Jabatan Perhutanan Negeri Selangor serta PLANMalaysia Selangor sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) HS Raja Musa – HS Bukit Tarek – HS Gading B-SL1, Selangor Darul Ehsan. Program Publisiti Awal ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].
Program Publisiti Awal Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) HS Raja Musa – HS Bukit Tarek – HS Gading B-SL1, Selangor Darul Ehsan diadakan untuk memaklumkan kepada penduduk setempat dan pihak berkepentingan berkenaan kajian ini. Program ini adalah bagi memastikan semua pihak berkepentingan diberi peluang yang sewajarnya untuk memberikan pandangan, maklum balas dan cadangan penambahbaikan berkaitan pembangunan serta aktiviti yang dijalankan dalam kawasan kajian RKK. Maklum balas tersebut akan membantu memastikan penyediaan RKK menjadi lebih komprehensif, inklusif dan selaras dengan keperluan pihak berkepentingan.
Kami mengalu-alukan penyertaan YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan dalam proses perancangan ini dengan mengemukakan pandangan dan maklum balas melalui kaji selidik atas talian yang disediakan. Segala maklumat yang dinyatakan dalam maklum balas soal selidik ini hanyalah untuk kegunaan kajian ini sahaja.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, P.P.T. | Mohd Idrus bin Mahmud Jamili
03-6064 1331 samb. 125 | 03-6064 1331 sambungan 292
Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT)
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
Norhasrin binti Abdullah | Mastura binti Zuber
03-8091 0198 | 03-8091 0351
BIL | PERKARA | DOKUMEN |
1. | Poster & Kod QR Borang Soal Selidik | Muat Turun |
2. | Link Borang Soal Selidik (Awam) | |
3. | Link Borang Soal Selidik (Agensi) |
|
4. | Video Penerangan Publisiti Awal | Muat Turun |
