ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PROGRAM PUBLISTI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) RANGKAIAN EKOLOGI (RE) CENTRAL FOREST SPINE (CFS) HS PANTI-HS ULU SEDILI (J-PL2), JOHOR DARUL TA’ZIM

PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) RANGKAIAN EKOLOGI (RE) CENTRAL FOREST SPINE (CFS) HS PANTI-HS ULU SEDILI (J-PL2),
JOHOR DARUL TA'ZIM
30 APRIL 2026 (KHAMIS) SEHINGGA 30 MEI 2026 (SABTU)


Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Pejabat Projek Zon Selatan bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia / Jabatan Perhutanan Negeri Johor, PLANMalaysia Johor dan Majlis Daerah Kota Tinggi sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) HS Panti-HS Ulu Sedili (J-PL2), Johor Darul Ta'zim. Program Publisiti Awal ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].


Program Publisiti Awal Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) HS Panti-HS Ulu Sedili (J-PL2), Johor Darul Ta'zim diadakan untuk memaklumkan kepada penduduk setempat dan pihak berkepentingan berkenaan kajian ini. Program ini adalah bagi memastikan semua pihak berkepentingan diberi peluang yang sewajarnya untuk memberikan pandangan, maklum balas dan cadangan penambahbaikan berkaitan pembangunan serta aktiviti yang dijalankan dalam kawasan kajian RKK. Maklum balas tersebut akan membantu memastikan penyediaan RKK menjadi lebih komprehensif, inklusif dan selaras dengan keperluan pihak berkepentingan.


Kami mengalu-alukan penyertaan YBhg. Dato'/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan dalam proses perancangan ini dengan mengemukakan pandangan dan maklum balas melalui kaji selidik atas talian yang disediakan. Segala maklumat yang dinyatakan dalam maklum balas soal selidik ini hanyalah untuk kegunaan kajian ini sahaja. Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti Awal dan Borang Soal Selidik melalui pautan berikut:

Bil

Perkara

Dokumen

1.

Banner dan poster

Muat Turun

2.

Kod QR dan link Borang Soal Selidik

Muat Turun


Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Jabatan Perhutanan Negeri Johor
Mohd Fariz Bin Abd Rhani
07-266 7433

Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS)
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
 Muhammad Shaifuddin bin Abdullah | Siti Hamnah binti Hamid
06-234 5353 samb.177 | 06-234 5353 samb.131

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti