ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

LAPORAN TINJAUAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM

DRAF LAPORAN TINJAUAN, RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

Draf Laporan Tinjauan, Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu memaparkan penemuan hasil kombinasi data primer dan sekunder yang diperolehi mengikut sektoral. Data ini dianalisis bagi mengenal pasti isu, potensi dan prospek pembangunan kawasan kajian.

Secara amnya laporan ini mengandungi :

  1. Analisis Keadaan Semasa (Rumusan Penemuan Kajian);
  2. Rumusan Pencapaian Dasar RSN Pahang 2050;
  3. Tinjauan Utama (TU), Tinjauan Sekunder (TS), Cadangan Utama (CU), Cadangan Sekunder (CS) dan Unjuran Sektor; dan
  4. Strategi Pembangunan, Konsep dan Indikator Pembangunan. 

Teras pembangunan dan sektor yang dikaji bagi kajian ini merangkumi :

  1. Teras 1: Fizikal Mampan dan Berdaya Tahan
  2. Teras 2 : Sosioekonomi Kukuh dan Rakyat Sejahtera
  3. Teras 3 : Pelancongan Unggul dan Alam Semulajadi Lestari
  4. Teras 4 : Kemudahsampaian Tinggi, Infrastruktur Menyeluruh dan Teknologi Hijau
  5. Teras 5 : Tadbir Urus dan Sistem Penyampaian Efektif

Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan berlangsung selama 30 hari bermula pada 6 November 2025 hingga 6 Disember 2025. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen tersebut di lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas sebelum atau pada 6 Disember 2025 melalui semakan di lokasi pameran tetap dan juga secara dalam talian sepertimana berikut :

Semakan Tetap (Waktu Pejabat) :

  1. Lobi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang)
  2. Lobi Blok B, Wisma Sri Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
  3. Lobi di semua pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Pahang

Semakan Dalam Talian :

  1. Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
  2. Laman Web Rasmi PLANMalaysia Pahang

Sila rujuk dokumen-dokumen yang dilampirkan di bawah untuk tujuan semakan.

Bil

        Perkara

Dokumen

1.

Draf Laporan Tinjauan, Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula)

Muat turun

2.

Ringkasan Eksekutif

Muat turun

3.

Panel Pameran(Keseluruhan)

Muat turun

4.

Panel Pameran(Rumusan)

Muat turun

5.

Risalah

Muat turun

6.

Banner Semakan

Muat turun

7.

Bunting Semakan

Muat turun

8.

Poster Semakan

Muat turun

9.

Borang Bantahan Dan Maklum Balas

Muat turun

10. 

Borang Bantahan dan Maklum Balas Dalam Talian

Muat turun

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti