ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RKK EKO PELANCONGAN LESTARI KAMPAR, PERAK

PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RKK EKO PELANCONGAN LESTARI KAMPAR, PERAK

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Unit Rancangan Pembangunan 4 Pejabat Projek Zon Tengah Bersama Majlis Daerah Kampar dan PLANMalaysia Perak sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Eko Pelancongan Lestari Kampar, Perak. Program Publisiti Awal ini  adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].

Program Publisiti Awal Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Eko Pelancongan Lestari Kampar, Perak diadakan untuk memaklumkan kepada pihak penduduk setempat dan pihak berkepentingan bahawa Kajian RKK Eko Pelancongan Lestari Kampar, Perak akan disediakan oleh Majlis Daerah Kampar dengan kerjasama PLANMalaysia dan PLANMalaysia Negeri Perak.

Program ini turut memastikan semua pihak berkepentingan diberi peluang yang sewajarnya untuk menyampaikan pandangan, maklum balas dan cadangan penambahbaikan berkaitan pembangunan serta aktiviti eko pelancongan di dalam kawasan kajian RKK. Maklum balas tersebut akan membantu memastikan penyediaan RKK menjadi lebih komprehensif, inklusif dan selaras dengan keperluan pihak berkepentingan.

Kami mengalu-alukan penyertaan tuan/puan dalam proses perancangan ini dengan mengemukakan pandangan dan maklum balas melalui kaji selidik atas talian yang disediakan. Segala maklumat yang dinyatakan dalam maklum balas soal selidik ini hanyalah untuk kegunaan kajian ini sahaja.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Majlis Daerah Kampar (MDKpr)

Puan Khumaizah binti Aziz (012-540 6130),

Encik Mohd Ashhar Amin bin Alias (019-559 7649)
 

Pejabat Projek Zon Tengah,

(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)

Puan Amilia binti Muhamad Nor (019-632 2068)

Encik Norarief bin Abdullah (011-2781 4438)
 

BIL

PERKARA

DOKUMEN

1.

Roll Up Publisiti Awal

Muat Turun

2.

Kod QR Borang Soal Selidik

Muat Turun

3.

Link Borang Soal Selidik (Awam)

Muat Turun

4.

Link Borang Soal Selidik (Agensi)

Muat Turun


 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti