ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)

01 JULAI 2025 – 01 OGOS 2025

Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian) telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 12(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor (PLANMalaysia Selangor) melalui perunding yang dilantik iaitu Tetuan SS Planning Group Sdn. Bhd. 

Draf RT MPSepang 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan berkanun yang menggariskan dasar dan strategi pembangunan bagi memperkasakan Sepang sebagai bandar pintar, mampan dan berdaya saing.

Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta 172, Program Publisiti dan Penyertaan Awam perlu diadakan bagi memberi peluang kepada orang awam serta pihak berkepentingan untuk turut serta di dalam perancangan Draf RT MPSepang 2035 (Penggantian) sebelum diluluskan bagi tujuan pewartaan dan diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MPSepang 2035 (Penggantian) akan diadakan bermula pada  01 Julai 2025 sehingga 01 Ogos 2025. Semua pihak dijemput untuk mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam Borang Maklum Balas Awam sebelum atau pada 01 Ogos 2025 (Jumaat)

Selain daripada platform Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia, dokumen ini juga boleh disemak seperti berikut:

  1. Semakan Dokumen Secara FIzikal:
    Lokasi Semakan 
    1. Pejabat Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
      
    1. Pejabat PLANMalaysia Selangor
      
    1. Ibu Pejabat PLANMalaysia, Putrajaya
      
    1. Pejabat Daerah dan Tanah Sepang
    Hari dan Masa Semakan      Isnin - Jumaat (8.30 pagi – 4.30 petang)
    Tarikh Semakan      01 Julai 2025 – 01 Ogos 2025

 

  1. Semakan Dokumen Secara Atas Talian:
    1)Dashboard:

     https://shorturl.at/4SX3l

    2)Laman Web MPSepang

     https://www.mpsepang.gov.my/

 

  1. Lokasi Pameran Bergerak:

           Lokasi Semakan

    Tarikh Semakan

    1.  

    D’Pulze Shopping Centre
    Persiaran Multimedia, Cyberjaya

    01 Julai 2025 – 06 Julai 2025

    1.  

    IOI City Mall
    Lebuh IRC, IOI Resort Putrajaya

    :

    07 Julai 2025 – 12 Julai 2025

    1.  

    KIP Mall
    Kota Warisan, Sepang

    :

    13 Julai 2025 – 18 Julai 2025

    1.  

    Mitsui Outlet Park KLIA
    Persiapan Komersial, KLIA

    :

    19 Julai 2025 – 24 Julai 2025

    1.  

    Pusat Informasi Bagan Lalang, Bagan Lalang

    :

    25 Julai 2025 – 01 Ogos 2025

 

Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:

BILPERKARADOKUMEN
1.Laporan Draf RT MPSepang 2035 (Penggantian)
Jilid IMuat Turun
Jilid IIMuat Turun
Jilid IIIMuat Turun
2.Ringkasan EksekutifMuat Turun
3.Risalah / PamphletMuat Turun
4.Panel PameranMuat Turun
5.Borang Maklum Balas AwamMuat Turun
6.Video RT MPSepang 2035 (Penggantian)Muat Turun
7.Dashboard RT MPSepang 2035 (Penggantian)Muat Turun

 

#RTMPSepang2035
#PLANMalaysia
#URP1/PPZT
#pejabatprojekzontengah
#MalaysiaMadani
#MPSepang

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti