ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI MELAKA 2040 (KAJIAN SEMULA) PERINGKAT LAPORAN TINJAUAN

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM

KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI MELAKA 2040 (KAJIAN SEMULA) PERINGKAT LAPORAN TINJAUAN

17 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS) – 30 SEPTEMBER 2026 (RABU)

8.30 PAGI – 5.00 PETANG

 

Kajian Rancangan Struktur Negeri Melaka 2040 (Kajian Semula) (RSNM2040) sedang dijalankan dan berada di peringkat Laporan Tinjauan. Kajian disediakan berdasarkan Seksyen 7, 8, 9, 10, 11 Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) di mana Seksyen 9 memperuntukkan keperluan mengadakan program publisiti.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan selama dua (2) minggu bermula pada 17 September 2026 hingga 30 September 2026. Semua pihak diberi peluang untuk mengemukakan sebarang representasi atau maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan.

Hebahan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi peringkat Laporan Tinjauan ini turut akan dilaksanakan melalui media elektronik secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi PLANMalaysia, PLANMalaysia Melaka dan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Melaka

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap Laporan Tinjauan yang telah disediakan di Lima (5) lokasi berikut:

Lokasi Tetap:

1.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka

(PLANMalaysia Melaka)

Aras 5, Wisma Negeri,
Hang Tuah Jaya, M.I.T.C,
75450 Ayer Keroh,
Melaka

2.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia

3.

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
Lebuh AMJ,
78000 Alor Gajah,
Melaka, MALAYSIA.

4.

Majlis Perbandaran Jasin,
Vista Alamanda,
77000 Jasin, Melaka.

5.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya,
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh, Melaka.


Semakan dalam talian:

1. LamanWeb Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)

2. LamanWeb Rasmi PLANMalaysia Melaka

3. Dashboard RSN Melaka 2040

Berikut merupakan Laporan Draf Akhir dan dokumen publisiti yang boleh dirujuk untuk tujuan semakan.

BIL

PERKARA

Muat Turun

1.

Laporan Tinjaun

Muat Turun

2.

Ringkasan laporan

 

Muat Turun

3.

Panel

 

Muat Turun

4.

Borang Bantahan

 

Muat Turun

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti