ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SETIU 2035 (PENGGANTIAN)

PADA 11 SEPTEMBER 2022 – 11 OKTOBER 2022

 

Draf Rancangan Tempatan (RT) Daerah Setiu 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Daerah Setiu untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 12 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Setiu 2003 – 2015 dan RT Daerah Setiu 2020 (Penggubahan).

Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu (11 September 2022 – 11 Oktober 2022) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di Daerah Setiu yang terkandung di dalam dokumen RT.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 11 Oktober 2022 melalui Portal ePublisiti http://epublisiti.townplan.gov.my/publisiti atau borang maklum balas yang boleh didapati disemua lokasi pameran.

Borang Bantahan secara online sebagaimana berikut :-

https://forms.gle/7Wyu23D2rPYX8CZn9

 
Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas boleh didapati melalui pautan berikut :-
 
BILPERKARADOKUMEN
1.Draf Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035 (Penggantian) 
 Jilid IMuat-Turun
 Jilid IIMuat-Turun
 Jilid IIIMuat-Turun
2.Ringkasan Eksekutif (RE)Muat-Turun
3.Borang Maklum BalasMuat-Turun
4.PosterMuat-Turun
5.Peta CadanganMuat-Turun
6.Folio RTD Setiu 2035Muat-Turun
7.BannerMuat-Turun
8.BantingMuat-Turun
9.Panel PameranMuat-Turun
10.RisalahMuat-Turun
 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti