PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN STRUKTUR (RS) NEGERI PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)
Draf Rancangan Struktur (RS) Negeri Perak 2040 (Kajian Semula) telah disediakan dan dipamerkan kepada orang awam selama tempoh satu (1) bulan bermula pada 20 Julai 2026 sehingga 19 Ogos 2026.
Draf RS Perak 2040 (Kajian Semula) mengandungi pernyataan bertulis dan gambar rajah utama yang merumuskan hala tuju pembangunan negeri, dasar dan cadangan berkenaan pemajuan serta penggunaan tanah termasuk tindakan yang merangkumi perkara berikut:
i. Memperelok persekitaran hidup dari segi fizikal;
ii. Memperelok perhubungan;
iii. Menguruskan lalu lintas;
iv. Memperelok kesejahteraan sosio-ekonomi;
v. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi; dan
vi. Memudahkan pemajuan yang mampan
Selaras dengan seksyen 9 Akta 172, program publisiti ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan representasi dan bantahan daripada mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan, pihak swasta, wakil penduduk, komuniti tempatan atau orang perseorangan.
Semakan Tetap (Hari Isnin – Jumaat, jam 8.30 pagi – 4.30 petang):
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Lobi Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh, Perak;
2. Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) Tingkat 7, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30646 Ipoh, Perak;
3. 15 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Perak; dan
4. Pejabat Projek Zon Tengah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)
Aras 4, Blok F5, Kompleks F, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675, Putrajaya
Semakan Dalam Talian :
1. Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
2. Dashboard
Bahan Publisiti dan Borang Maklumbalas boleh didapati melalui pautan berikut:-
BIL | PERKARA | DOKUMEN |
1. | Laporan | |
2. | Folio | |
3. | Roll Up Banner | |
4. | Pop Up Banner | |
5. | Borang Publisiti Dan Penyertaan Awam | |
6. | Ringkasan Eksekutif | |
7. | Sepanduk Digital Hebahan (Paparan LED) |
