ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

NOTIS PUBLISITI AWAL: PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MANJUNG 2040 (PENGGANTIAN)

NOTIS PUBLISITI AWAL: PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MANJUNG 2040 (PENGGANTIAN)

SUARA ANDA, MASA HADAPAN MANJUNG: SERTAI KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MANJUNG 2040 (PENGGANTIAN)
 

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bersama PLANMalaysia kini sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Manjung 2040 (Penggantian). Walaupun kajian ini dijadualkan bermula pada April 2026, kami ingin mendengar "Suara Awal" anda sekarang!

Mengapa Pandangan Anda Diperlukan Sekarang? 

Selaras dengan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], kami ingin mendengar "Pandangan Awal" anda sebelum kajian bermula sepenuhnya pada April 2026. Ini adalah peluang keemasan untuk anda menentukan hala tuju pembangunan daerah kita! Ketahui hak anda. Saksikan video ringkas tentang apa itu Rancangan Tempatan di sini:  Video:  ‘Apa Itu RT’  


Kami Ingin Tahu Pandangan Anda Tentang:

  • Isu Kemudahan: Jalan raya, bekalan air, elektrik, dan internet.
  • Kesejahteraan: Peluang kerja, rumah mampu milik, dan keselamatan.
  • Alam Sekitar: Masalah sosial, kebersihan, dan pemeliharaan alam.

 

Klik pautan untuk berkongsi "hasrat dan harapan" anda: Soal Selidik Pandangan Awam 

Data anda adalah SULIT dan hanya untuk kegunaan kajian ini sahaja.


Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

Majlis Perbandaran Daerah Manjung (MPM)
Email: perancang@mpm.gov.my | Tel: 05-6898800

Pejabat Projek Zon Tengah
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)

Email: urp1.ppzt@gmail.com | Tel: 03-80910198
 

"Bersama Kita Merancang Manjung Masa Hadapan yang Inklusif dan Mampan!"

#Manjung2040 
#PLANMalaysia 
#MajlisPerbandaranManjung 
#PerancanganBandar 
#SuaraWargaManjung 
#ManjungMampan

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti