ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT PAHANG 2040 (PENGGANTIAN)

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT PAHANG 2040 (PENGGANTIAN)

Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen yang disediakan selaras dengan peruntukan Seksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Menurut peruntukan di bawah subseksyen 16(1) Akta 172, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan pada bila-bila masa boleh membuat cadangan pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu Rancangan Tempatan.

Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut, Pahang 2040 (Penggantian) ini disediakan untuk Majlis Daerah Jerantut dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang) dan Pejabat Projek Zon Timur bagi menggantikan RT Daerah Jerantut 2020 yang telah tamat tempoh perancangannya.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut, Pahang 2040 (Penggantian) ini akan berlangsung selama satu (1) bulan bermula 1 September hingga 30 September 2026. Ianya akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum Draf RT Daerah Jerantut, Pahang 2040 ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berikut merupakan lokasi pameran dan pemeriksaan laporan :

            Tarikh                        :           1 September 2026 hingga 30 September 2026

            Hari dan Masa          :           Isnin – Jumaat (9.00 pagi – 4.30 petang)

            Lokasi Pemeriksaan :          - Lobi Majlis Daerah Jerantut

                                                        - Lobi Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

 - Tingkat 4, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa  Negeri  Pahang (PLANMalaysia Pahang)

                                                       

Sekiranya anda mempunyai pandangan, cadangan atau maklumbalas terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut, Pahang 2040 (Penggantian) anda dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas yang disediakan dan mengembalikan semula kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.


Berikut merupakan Laporan dan dokumen publisiti yang boleh dirujuk untuk tujuan semakan.

BIL

PERKARA

MUAT TURUN

1.

Laporan

i. Laporan Jilid I

Ii. Laporan Jilid II

iii. Laporan Jilid III


Muat Turun

Muat Turun

Muat Turun

2.

Ringkasan Eksekutif

 Muat Turun

3.

Aturcara

Muat Turun

4.

Poster

Muat Turun

5.

Risalah 

Muat Turun

6.

Borang Bantahan

Muat Turun

7.

Banner - Perasmian

Muat Turun

8.

Banner - Publisiti

Muat Turun

9.

Bunting - Publisiti

Muat Turun

10.

Panel

Muat Turun

11.

Booklet A2

Muat Turun

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti