ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2035 (Penggantian)

Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu peta dan penyataan bertulis yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan untuk pemajuan dan penggunaan tanah dengan menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2040. Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2035 (Penggantian) ini merupakan laporan rancangan pembangunan dan pelan perancangan yang baru untuk menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2020.

MATLAMAT PEMBANGUNAN

“MEMPERKASA DAERAH KERIAN SEBAGAI PEMACU PEMBANGUNAN WILAYAH UTARA NEGERI PERAK BERFOKUSKAN KEPADA PERTANIAN, INDUSTRI ASAS TANI DAN AGROPELANCONGAN”

TERAS PEMBANGUNAN

Matlamat Pembangunan disokong dan dilengkapkan oleh LIMA Teras Pembangunan berikut :
Teras 1 : Pertumbuhan Ekonomi Dinamik dan Berdaya Saing
Teras 2 : Pembangunan Fizikal Mampan dan Reka Bentuk Persekitaran Menarik
Teras 3 : Kelestarian Alam Sekitar dan Infrastruktur Efisien
Teras 4 : Pembangunan Komuniti Sejahtera
Teras 5 : Urus Tadbir Cekap dan Mesra Rakyat

 
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-
 
BILPERKARADOKUMEN
1.Laporan Jilid 1Muat-Turun
2.Laporan Jilid 2Muat-Turun
3.Ringkasan Eksekutif (Malay Version)Muat-Turun
4.BackdropMuat-Turun
5.BannerMuat-Turun
6.Borang Bantahan (PLANMalaysia@Perak)Muat-Turun
7.Borang Bantahan (MD Kerian)Muat-Turun
8.BuntingMuat-Turun
9.FlyerMuat-Turun
10.PanelMuat-Turun
11.Pull OutMuat-Turun
 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti