ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM, DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS, PEMBAHARUAN SEMULA PUSAT BANDAR TANGKAK, JOHOR.

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM, DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS, PEMBAHARUAN SEMULA PUSAT BANDAR TANGKAK, JOHOR.

Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pembaharuan Semula Pusat Bandar Tangkak, Johor telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16B(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dengan kerjasama  Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor) dan Majlis Daerah Tangkak (MDT) melalui perunding yang dilantik iaitu FAZ Planning and Development Sdn. Bhd. Laporan Draf RKK ini disediakan bagi mencapai matlamat penjenamaan semula pusat bandar Tangkak sebagai bandar yang mampan, vibran serta berdaya maju.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi laporan Draf RKK ini akan diadakan selama empat (4) minggu bermula 13 Disember 2022 sehingga 13 Januari 2023. Ianya akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum laporan Draf RKK ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berikut merupakan lokasi pameran tetap sepanjang tempoh Publisiti dan Penyertaan Awam diadakan :

 

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap kandungan laporan Draf RKK di lokasi pameran yang telah ditetapkan atau secara atas talian serta mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas bagi menambahbaik laporan Draf RKK ini sebelum atau pada 13 Januari 2023.

Tuan/ Puan boleh memuat turun bahan publisiti dan borang maklumbalas melalui pautan berikut :

Tarikh:13 Disember 2022 – 13 Januari 2023
Hari dan Masa:Ahad – Rabu (9.00 pagi – 4.30 petang)
  Khamis (9.00 pagi – 3.00 petang)
Lokasi Semakan:1. Majlis Daerah Tangkak
  2. Pejabat Daerah Tangkak
  3. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor)
 
BILPERKARADOKUMEN
1.Laporan Draf RKK Pusat Bandar TangkakMuat-Turun
2.Ringkasan Eksekutif (Dwi Bahasa)Muat-Turun
3.Panel PameranMuat-Turun
4.RisalahMuat-Turun
5.Borang Maklum BalasMuat-Turun
6.BannerMuat-Turun
7.BuntingMuat-Turun
8.Roll UpMuat-Turun
 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti