ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Manjung 2030

Ringkasan Eksekutif RancanganTempatan Daerah Manjung 2030 ini mengandungi petikan daripada laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030. Segala penjelasan dan perincian lanjut perlu merujuk kepada Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030 tersebut.

Draf RT Daerah Manjung 2030 mengandungi:

  1. Penyataan Bertulis yang mentafsirkan dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Negeri Perak dan menterjemahkan semua cadangan pembangunan gunatanah fizikal secara bertulis untuk menjelaskan cadangan-cadangan yang terdapt di dalam Peta Cadangan Gunatanah.
  2. Pelan Subjek menunjukkan pelan cadangan pembangunan secara terperinci mengikut sektor-sektor pembangunan tertentu.
  3. Pelan Sisipan menunjukkan pelbagai cadangan pembangunan yang terdapat di dalam pelan subjek secara terperinci melalui gambaran, lukisan perspektif,ilustrasi, keluasan,lokasi dan sebagainya.
  4. Peta Cadangan Gunatanah yang mengandungi cadangan pembangunan gunatanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot.
  5. Jadual Kelas Gunatanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah dan bangunan yang dibenarkan, dibenarkan dengan syarat dan tidak dibenarkan di setiap zon guna tanah yang ditunjukkan di atas Peta Cadangan Kegunaan Tanah. Jadual ini disediakan mengikut Syit Peta Indeks Jabatan Ukur.

Objektif Umum Draf RT Daerah Manjung 2030

  1. Menjadikan Laporan Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030 sebagai dokumen untuk perancangan pembangunan khususnya dalam aspek kebenaran merancang.
  2. Menyediakan pelan gunatanah hingga tahun 2030 untuk dijadikan alat kawalan dan memacu pembangunan guna tanah di daerah Manjung.
  3. Menyeimbangkan pembangunan dengan sumber-sumber alam semulajadi dan warisan untuk mencapai pembangunan mampan.
 
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-
 
BILPERKARADOKUMEN
1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun
2.PosterMuat-Turun
3.RisalahMuat-Turun
4.BuntingMuat-Turun
5.Borang BantahanMuat-Turun
6.BannerMuat-Turun
 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti