ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) SUNGAI TEBRAU (MBJB) 2035


DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) SUNGAI TEBRAU (MBJB) 2035

 

Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Tebrau (MBJB) 2035 telah disediakan berdasarkan Peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru. Laporan Draf RKK ini disediakan bertujuan untuk pemeliharaan dan peningkatan kualiti alam sekitar terutamana kualiti air Sungai Tebrau.

 

Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi laporan Draf RKK ini akan diadakan selama satu(1) bulan bermula 13 Julai 2023 sehingga 12 Ogos 2023. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap kandungan laporan draf RKK di lokasi yang telah ditetapkan atau secara atas talian. Maklum balas atau cadangan boleh dikemukakan melalui saluran yang disediakan sepanjang tempoh ia dipublisitikan.

 

Tarikh

 

:

 

13 Julai 2023 hingga 12 Ogos 2023

 

Masa

 

:

 

Ahad – Rabu (8:30 pagi – 4.30 petang)

 

Khamis (9.00 pagi – 3.00 petang)

 

Lokasi semakan/ maklum balas

 

:

 

  1. Kaunter Jabatan Perancangan Pembangunan,
    Majlis Bandaraya Johor Bahru
  2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor)

 

Pautan

 

:

 

https://www.mbjb.gov.my/ms/info-mbjb/pusat-media/pengumuman/program-publisiti-dan-penyertaan-awam-draf-rancangan-kawasan-1

 

 

LAMPIRAN:

  1. Laporan Draf RKK Sungai Tebrau (MBJB) 2035
  2. Ringkasan Eksekutif
  3. Borang Maklum Balas
  4. Borang Maklum Balas Atas Talian
  5. Banner
 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti