ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Perak 2030

Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Perak 2030 yang disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merupakan satu dokumen perancangan dan pembangunan guna tanah secara terperinci bagi keseluruhan Kawasan Daerah Hulu Perak sehingga tahun perancangan 2030.

Draf RTD Hulu perak 2030 mengandungi :-

  • Jilid I : Strategi Pembangunan – mentafsirkan dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Negeri Perak dan menterjemahkan semua cadangan pembangunan guna tanah fizikal secara terperinci mengikut halatuju dan strategi pembangunan.
  • Jilid II : Kawalan Perancangan – Jadual Kelas Kegunaan Tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah yang dibenarkan di setiap zon guna tanah di dalam Draf RTD Hulu Perak 2030 mengikut blok perancangan kecil.
  • Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan – mengandungi penilaian kemampanan, senarai cadangan projek, kos dan fasa pembangunan yang menjadi asas kepada agensi-agensi pelaksana dalam membuat permohonan peruntukan pembangunan.

Pengenalan Keperluan Penyediaan RTD Hulu Perak 2030 :-

  1. RTD Hulu Perak 2002-2015 akan tamat tempoh perancangan pada tahun 2015.
  2. Terdapat tekanan pembangunan semasa dan masa hadapan yang bercanggah dengan RTD sedia ada.
  3. Keperluan kepada pembangunan untuk menjana ekonomi daerah selaras dengan rangka strategik di peringkat negara, wilayah dan negeri.
  4. Memperkukuhkan penyelarasan sempadan kawasan pentadbiran PBT.
  5. Ketidakpatuhan sebanyak 8 Kebenaran Merancang (20%) terhadap cadangan gunatanah (zoning).
  6. Penyelarasan cadangan zoning guna tanah RTD Hulu Perak 2030 (Penggantian) dengan Pelan Pengurusan Lembah Lenggong atau Conservation Management Plan yang dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara.
 
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-
 
BILPERKARADOKUMEN
1.Laporan Draf RT Daerah Hulu Perak 2030 – Jilid 1Muat-Turun
2.Laporan Draf RT Daerah Hulu Perak 2030 – Jilid 2Muat-Turun
3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun
4.BannerMuat-Turun
5.PosterMuat-Turun
6.StreamerMuat-Turun
7.Borang BantahanMuat-Turun
8.Notis AkhbarMuat-Turun
 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti