ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM

DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

 

Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) ialah dokumen perancangan pembangunan yang menetapkan hala tuju dan dasar pembangunan Negeri Pahang sehingga tahun 2040. 

Dokumen ini telah digubal sebagai dokumen perancangan strategik bagi memandu pembangunan negeri secara terancang, seimbang dan berdaya tahan selaras dengan misi iaitu ‘Pahang 1st: Menuju Negeri Makmur dan Lestari 2040’ dan matlamat sebagai ‘Pahang sebagai Negeri Maju, Makmur dan Berdaya Tahan Berteraskan Kemampanan Ekonomi, Kelestarian Alam Sekitar dan Kesejahteraan Sosial serta Pembangunan Inklusif Menjelang 2040’. Sebanyak 5 Fokus Pembangunan, 31 Aspirasi / Dasar, 84 Tindakan dan 209 Inisiatif Pelaksanaan telah diterjemahkan untuk dilaksanakan mengikut fasa pelaksanaan.

Selaras dengan keperluan subseksyen 9(2) dan 9(3), Akta 172, sebelum Draf RSN Pahang 2040 (Kajian Semula) diluluskan  untuk diwartakan, ia perlu dipamerkan kepada orang awam dan pertubuhan melalui Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang akan diadakan bermula pada 3 Ogos 2026 (Isnin) hingga 2 September 2026 (Rabu) selama sebulan.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen tersebut di lokasi-lokasi pameran tetap atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam Borang Bantahan Awam sebelum atau pada 2 September 2026 melalui semakan di lokasi pameran tetap dan juga secara dalam talian sepertimana berikut :-

 

Lokasi Semakan Tetap (Waktu Pejabat) :

  1. Lobi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang), Tingkat 4, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
  2. Lobi Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan, Pahang
  3. Lobi di semua pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Pahang

 

Semakan Dalam Talian :

  1. Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)

 

Sila rujuk dokumen-dokumen yang dilampirkan di bawah untuk tujuan semakan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Rancangan Pembangunan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang) di talian 09-572 1181.

Sila rujuk dokumen-dokumen yang dilampirkan di bawah untuk tujuan semakan.

BIL

PERKARA

DOKUMEN

1.

Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula)

Muat Turun

2.

Ringkasan Eksekutif

Muat Turun

3

Panel Pameran (Keseluruhan)

Muat Turun

4.

Panel Pameran (Ringkasan)

Muat Turun

5.

Risalah

Muat Turun

6.

Poster

Muat Turun

7.

Banner

Muat Turun

8.

Bunting

Muat Turun

9.

Borang Bantahan Awam(Dalam Talian)

Muat Turun

10.

Borang Bantahan Awam

Muat Turun

11.

Notis Akhbar (BM dan BI)

Muat Turun


 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti