ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030

DRT Daerah Perak Tengah 2030 disediakan oleh Majlis Daerah Perak Tengah dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia untuk merancang pembangunan perbandaran serta ekonomi yang progresif berasaskan sumberjaya tempatan dan persekitaran berkualiti. Penyediaan DRT Daerah Perak Tengah 2030 ini berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang memperuntukan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan menyediakan rancangan tempatan untuk kawasan pentadbirannya.

Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas 127,946 hektar terdiri dari 12 buah mukim iaitu Belanja, Layang-layang, Bota, Lambor Kanan, Lambor Kiri, Pulau Tiga, Kampung Gajah, Pasir Panjang Hulu, Pasir Salak, Bandar, Kota Setia dan Jaya Baru. Draf ini mengandungi strategi pembangunan dan cadangan penggunaan tanah terperinci mengikut lot dan disokong dengan jadual kelas kegunaan tanah, pelan-pelan dan gambarajah serta Garis Panduan Perancangan Umum dan Khusus untuk rujukan pengawalan perancangan bagi semua pihak berkepentingan.

Orang awam boleh membuat semakan terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030 di tempat yang dinyatakan sepanjang tempoh publisiti diadakan, bermula 22 Disember 2015 hingga 21 Januari 2016. Laporan Penuh Draf Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030 boleh disemak di Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan dan Majlis Daerah Perak Tengah.

 
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-
 
BILPERKARADOKUMEN
1.Laporan Draf RT Daerah Perak Tengah 2030-Jilid 1Muat-Turun
2.Laporan Draf RT Daerah Perak Tengah 2030-Jilid 2Muat-Turun
3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun
4.BannerMuat-Turun
5.PosterMuat-Turun
6.StreamerMuat-Turun
7.Borang Bantahan Kepada Majlis Daerah Perak TengahMuat-Turun
8.Borang Bantahan Kepada JPBD PerakMuat-Turun
 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti