ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

16 NOVEMBER 2025 (AHAD) – 15 DISEMBER 2025 (ISNIN)

Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu, Kedah 2035 (Penggantian) [RTMDBB 2035 (P)] telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 12(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Draf RTMDBB 2035 (P) telah disediakan oleh Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) dengan kerjasama Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) melalui perunding yang dilantik iaitu Tetuan Asnatech Planning Consultant Sdn. Bhd. 

Draf RTMDBB 2035 (P) merupakan dokumen perancangan berkanun yang menggariskan dasar dan strategi pembangunan bagi membangunkan Bandar Baharu sebagai daerah bersempadanan berdaya saing dan berdaya huni melalui aktiviti ekonomi mampan dan vibran.

Draf RTMDBB 2035 (P) ini merangkumi:

Jilid I: Penyataan Bertulis dan Peta Cadangan
Jilid II: Kawalan Perancangan dan Garis Panduan
Jilid III: Pengurusan dan Pelaksanaan

Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 16(1), Akta 172, Program Publisiti dan Penyertaan Awam perlu diadakan bagi memberi peluang kepada orang awam serta pihak berkepentingan untuk turut serta di dalam perancangan Draf RTMDBB 2035 (P) sebelum diluluskan bagi tujuan pewartaan dan diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Semua pihak dijemput mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan dengan hadir ke lokasi pameran atau mengimbas kod QR di bawah. Sebarang maklum balas awam (Borang Maklum Balas Awam) hendaklah dikemukakan kepada Majlis Daerah Bandar Baharu atau melalui e-mel di alamat perancangmdbb@gmail.com sebelum atau pada 15 Disember 2025 (Isnin).
image

Selain daripada platform Portal e-Publisiti 2.0 PLANMalaysia, dokumen ini juga boleh disemak dilokasi / pautan seperti berikut:

1. Semakan dokumen secara fizikal:

Lokasi Pameran Tetap

1.
2.
3.

4.

Majlis Daerah Bandar Baharu
Pejabat Cawangan Majlis Daerah Bandar Baharu
Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)
Pejabat Projek Zon Utara, PLANMalaysia

Waktu Pameran:

 

9.00 Pagi – 4.00 Petang (Ahad – Rabu)
9.00 Pagi – 1.00 Petang (Khamis)

Lokasi Pameran Bergerak

1.
2.
3.

Pasar Pagi Serdang (Jumaat – Sabtu)
Pasar Malam Serdang (Isnin)
Pasar Malam Bandar Baharu (Rabu)

Waktu Pameran:

9.00 Pagi – 11.00 Pagi (Pasar Pagi)
5.00 Petang – 7.00 Malam (Pasar Malam)

2. Semakan dokumen secara atas talian:

i. Laman Web MDBB : https://pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-daerah-bandar-baharu/ 
ii. Dashboard : https://url-shortener.me/95LA 

Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:

BIL

PERKARA

DOKUMEN

1.

KESELURUHAN BAHAN SERANTA DRAF RT MDBB 2035 

Muat-Turun


2.

Jilid I

Muat-Turun

Jilid II

Muat-Turun

Jilid III

Muat-Turun

Keseluruhan Jilid RT

Muat-Turun

3.

Ringkasan Eksekutif

Muat-Turun

4.

Risalah

Muat-Turun

5.

Panel Pameran

Muat-Turun

6.

Borang Maklum Balas Awam

Muat-Turun

7.

Video RT MDBB 2035

Muat-Turun

8.

Dashboard RT MDBB 2035

Muat-Turun

9.

Lain-Lain Bahan Seranta RT MDBB 2035

Muat-Turun

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti