ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA 2035 (PENGGANTIAN)

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA 2035 (PENGGANTIAN)

04 DISEMBER 2025 (KHAMIS) – 31 DISEMBER 2025 (RABU)

Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya 2035 (Penggantian) (RT MPHTJ 2035) telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 12(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Draf RT MPHTJ 2035 telah disediakan oleh Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Melaka (PLANMalaysia Melaka) melalui perunding yang dilantik iaitu Tetuan FAZ Planning and Development Sdn. Bhd. 

Draf RT MPHTJ 2035 merupakan dokumen perancangan berkanun yang menggariskan dasar dan strategi pembangunan bagi menjadikan Hang Tuah Jaya sebagai bandaraya pintar dan rendah karbon berteraskan pembangunan mampan dan berteknologi hijau selaras dengan aspirasi pembangunan negeri dan negara menjelang tahun 2035.

Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta 172, Program Publisiti dan Penyertaan Awam perlu diadakan bagi memberi peluang kepada orang awam serta pihak berkepentingan untuk turut serta di dalam perancangan Draf RT MPHTJ 2035 sebelum diluluskan bagi tujuan pewartaan dan diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MPHTJ 2035 akan diadakan bermula pada 04 Disember 2025 sehingga 31 Disember 2025. Semua pihak dijemput untuk mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam Borang Maklum Balas Awam sebelum atau pada 31 Disember 2025 (Rabu)

Selain daripada platform Portal e-Publisiti 2.0 PLANMalaysia, dokumen ini juga boleh disemak seperti berikut:

1. Semakan Dokumen Secara FIzikal:

Lokasi Semakan

:

1. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka

 

 

2. Lobi Wisma Negeri, Melaka

 

 

3. Lobi Menara Persekutuan, Melaka

Hari dan Masa Semakan

Isnin - Jumaat (9.00 pagi – 4.00 petang)

Tarikh Semakan

04 Disember 2025 – 31 Disember 2025


2. Semakan Dokumen Secara Dalam Talian:

1.

Laman Web MPHTJ

https://www.mphtj.gov.my/

2.

Muat turun dari pautan disediakan PPZS :  

:

https://drive.google.com/drive/folders/1n2kXZ1uUc8VelHZwxFNCCdsTfHn5OJbT?usp=drive_link

Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:

BIL

PERKARA

DOKUMEN

1

Laporan Draf RT MPHTJ 2035 

Jilid I

Muat naik

Jilid II

Muat naik

Jilid III

Muat naik

2

Ringkasan Eksekutif 

Muat naik

3

Panel Pameran

Muat naik

4

Panel Rumusan

Muat naik

5

Pelan Gunatanah Cadangan

Muat naik

6

Borang Bantahan dan Maklum Balas Awam

Muat naik

7

Banner

Muat naik

8

Bunting

Muat naik

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti