PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PUSAT BANDAR KAJANG
14 Januari 2026 (Rabu) – 13 Februari 2026 (Jumaat)
Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pusat Bandar Kajang telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16B (3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui perunding yang dilantik iaitu Iktisas Planner Sdn. Bhd.
Sehubungan itu, Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf RKK ini akan diadakan selama empat (4) minggu bermula 14 Januari hingga 13 Februari 2026. Program ini bertujuan memberi peluang kepada orang awam untuk terlibat secara langsung dalam proses perancangan sebelum Draf RKK ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Berikut merupakan lokasi pameran tetap sepanjang tempoh Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pusat Bandar Kajang diadakan:
Tarikh :
14 Januari 2026 – 13 Februari 2026
Hari dan Masa :
Isnin – Jumaat
9.00 pagi – 4.00 petang
Lokasi Semakan Tetap:
i. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
ii. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor) iii. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Putrajaya
Semakan Dokumen Secara Atas Talian:
i. Dashboard RKK Pusat Bandar Kajang:
ii. Laman Web Majlis Perbandaran Kajang: https://www.mpkj.gov.my/index.php/ms/
Sekiranya anda mempunyai idea, pendapat, cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pusat Bandar Kajang adalah dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas awam yang disediakan dan mengembalikan kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.
Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:
SENARAI BAHAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PUSAT BANDAR KAJANG
Bil. | Portal ePublisiti 2.0 | Pautan Dokumen |
1. | Laporan Draf RKK Pusat Bandar Kajang | |
2. | Ringkasan Eksekutif (Dwibahasa) | |
3. | Brochure | |
4. | Bunting | |
5. | Banner | |
6. | Pop Up | |
7. | Roll Up | |
8. | Web Banner | |
9. | Billboard LED | |
10. | E-Book | |
11. | Borang Bantahan dan Maklum Balas Awam | |
12. | Dashboard |
