PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
LAPORAN DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SEMBILAN 2040
Draf RSN Sembilan dipamerkan kepada orang awam selama tempoh satu (1) bulan bermula dari tarikh notis akhbar disiarkan. Pengarah PLANMalaysia Negeri bertanggungjawab memberikan peluang kepada orang awam untuk mengemukakan sebarang representasi atau maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan selaras dengan subseksyen 9(1), Akta 172
Penyediaan Laporan Publisiti dan Bantahan (LPB) akan dibuat selepas tamat tempoh publisiti DRSN. Penyediaan laporan ini penting bagi tujuan penambahbaikan DRSN dan seterusnya menjadi asas bagi membentuk dasar strategik pembangunan Negeri Sembilan di peringkat Rancangan Struktur.
Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap DRAF RSN Negeri Sembilan 2040 di lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas sebelum 3 Julai 2026 melalui Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia atau borang maklum balas yang boleh didapati di lokasi pameran
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2040 ini akan diadakan di:-
Semakan Dokumen Secara FIzikal:
Semakan secara atas talian juga boleh dibuat bermula daripada 4 Jun 2026 hingga 3 Julai 2026 seperti di laman sesawang berikut :-
1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
2. Laman Web PLANMalaysia Negeri Sembilan
Bahan Publisiti dan Borang Maklumbalas Kajian Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2040 boleh didapati melalui pautan berikut:-
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi dan diemailkan kepada:-
Pengarah
PLANMalaysia Negeri Sembilan
Tingkat 3, Blok A, Wisma Negeri
70646 Seremban, Negeri Sembilan
06 765 9713
06-764 5622
Faks : 06-764 5622
E-mel: jpbdns@ns.gov.my
