ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian)

Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian) ini merupakan sebuah dokumen yang disediakan bagi menggantikan rancangan pemajuan terdahulu iaitu Rancangan Tempatan Daerah Raub 2003-2015 (Rancangan Tempatan Daerah Raub 2015) yang telah diwartakan pada 6 Disember 2007 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No. 1321 dan telah tamat tempoh perancangannya.

Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian) ini merangkumi :

Jilid I : Pernyataan Bertulis dan Strategi Pembangunan

Jilid II : Peta Cadangan Guna Tanah dan Kawalan Pembangunan

Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan Projek

Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang diadakan selama 30 hari bermula pada 22 September – 21 Oktober 2021 ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Raub sepertimana yang terkandung di dalam dokumen Draf RT.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan dan mengemukakan maklumbalas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 21 Oktober 2021.

 
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-
 
BILPERKARADOKUMEN
1.Jilid 1 Draf RT Daerah RaubMuat-Turun
2.Jilid 2 Draf RT Daerah RaubMuat-Turun
3.Jilid 3 Draf RT Daerah RaubMuat-Turun
4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun
5.BannerMuat-Turun
6.BuntingMuat-Turun
7.PosterMuat-Turun
8.Bahan PameranMuat-Turun
9.RisalahMuat-Turun
10.Feature ArticleMuat-Turun
11.Notis Akhbar (BM)Muat-Turun
12.Notis Akhbar (BI)Muat-Turun
13.Borang Bantahan AwamMuat-Turun
14.Borang Bantahan Awam (online)Muat-Turun
 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti