ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI JOHOR 2040 (KAJIAN SEMULA)

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI JOHOR 2040 (KAJIAN SEMULA)
 PERINGKAT LAPORAN TINJAUAN

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM

27 OKTOBER 2026 – 26 NOVEMBER 2026


Rancangan Struktur Negeri Johor 2040  (Kajian Semula) sedang dilaksanakan bagi menilai dan memperkukuh hala tuju perancangan strategik pembangunan fizikal Negeri Johor. Kajian ini mengambil kira perubahan semasa, keperluan pembangunan, potensi pertumbuhan serta cabaran yang dijangka mempengaruhi pembangunan negeri pada masa hadapan. Pada masa ini, kajian tersebut berada pada peringkat penyediaan Laporan Tinjauan.

Selaras dengan peruntukan Seksyen 9, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), program publisiti hendaklah dilaksanakan pada peringkat Laporan Tinjauan bagi memberi peluang kepada orang awam untuk meneliti dan mengemukakan pandangan serta maklum balas terhadap kajian yang dijalankan.

Hebahan turut dilaksanakan melalui saluran elektronik, termasuk Portal e-Publisiti PLANMalaysia dan laman sesawang berkaitan, bagi memperluas penyebaran maklumat serta memudahkan orang awam mengakses bahan publisiti sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, semua pihak dijemput untuk menyemak Laporan Tinjauan dan bahan publisiti yang disediakan di lokasi-lokasi tetap yang telah ditetapkan seperti berikut:

LOKASI TETAP

  1. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEN Johor)

Aras 1 & 2, Blok B, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.

  1. PLANMalaysia Johor

Tingkat 1 & 2, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, 79646 Iskandar Puteri, Johor.

  1. Semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor

 

SEMAKAN DALAM TALIAN

Orang awam boleh mendapatkan maklumat berkaitan Program Publisiti dan Penyertaan Awam melalui saluran dalam talian berikut:

1.      Portal e-Publisiti PLANMalaysia

2.      Laman Sesawang Rasmi PLANMalaysia Johor

3.      Aplikasi web

 

DOKUMEN PUBLISITI UNTUK RUJUKAN

Dokumen dan bahan publisiti bagi Laporan Tinjauan RSN Johor 2040 (Kajian Semula) akan disediakan untuk rujukan orang awam seperti berikut:

Bil.

Perkara

Muat Turun

1.

Laporan Tinjauan
i. Jilid 1
ii. Jilid 2


Muat Turun
Muat Turun

2.

Ringkasan Eksekutif

Muat Turun

3.

Panel Publisiti

Muat Turun

4.

Borang Bantahan

Muat Turun

 

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti