PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
LAPORAN TINJAUAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)
Laporan Tinjauan Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 (Kajian Semula) ini merupakan satu laporan penemuan semasa kajian berdasarkan kepada sektor-sektor yang dikaji hasil kombinasi data primer dan sekunder yang diperolehi melalui kajian literatur (ilmiah) mengikut sektoral.
Data-data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis bagi mengenalpasti isu dan prospek pembangunan negeri. Hasil daripada analisis yang dijana secara hubungkait antara sektoral bagi mengenal pasti isu, potensi dan prospek pembangunan kawasan kajian.
Kepentingan laporan tinjauan:-
- Mengemukakan penemuan utama berdasarkan analisis telah dijalankan bagi tujuan pengesahan semasa publisiti dan penyertaan awam.
- Mengemukakan unjuran serta kedapatan dan kesesuaian tanah untuk perancangan pembangunan sehingga tamat tahun perancangan
- Membolehkan matlamat dan objektif pembangunan negeri ditetapkan.
- Mengemukakan cadangan konsep dan strategi pembangunan bagi menentukan halatuju pembangunan masa hadapan.
- Membolehkan pihak awam memeriksa laporan, mengemukakan pandangan berkaitan penemuan, unjuran dan strategi pembangunan yang dicadangkan semasa program publisiti dan penyertaan awam.
Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan berlangsung bermula pada 10 November 2025 hingga 9 Disember 2025. Semua pihak dijemput hadir untuk membuat semakan terhadap Laporan Tinjauan Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 (Kajian Semula) di lokasi pameran atau secara dalam talian dengan mengemukakan maklum balasdan cadangan kepada Urus Setia Borang Penyertaan Awam sebelum atau pada 9 Disember 2025. melalui semakan di lokasi pameran tetap dan juga secara dalam talian seperti berikut :
Semakan Tetap (Hari Isnin – Jumaat, jam 8.30 pagi – 4.00 petang):
- Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) Tingkat 7, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30646 Ipoh, Perak
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Lobi Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh, Perak
- Pejabat Projek Zon Tengah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)
Aras 4, Blok F5, Kompleks F, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675, Putrajaya
Semakan Dalam Talian :
- Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
- Laman Web Rasmi PLANMalaysia Perak
Sila rujuk dokumen-dokumen yang dilampirkan di bawah untuk tujuan semakan.
BIL | PERKARA | MUAT TURUN |
1. | Laporan Tinjauan RS Negeri Perak 2040 (Kajian Semula) | |
2. | Folio Laporan Tinjaun Rsn Perak 2040 | |
3. | Borang Penyertaan Awam LT RSN Perak 2040 | |
4. | Pautan Flipbook Ringkasan Laporan Tinjauan RS Negeri Perak 2040 (Kajian Semula) | |
5. | Pop-Up Streamer | |
6. | Panel Pameran Lt Rsn Perak 2025 | |
7. | Bunting Hebahan Publsiti | |
8. | Borang Penyertaan Awam Secara Atas Talian |
